BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 31 Disember 2009

Entri Last 2009

Salam

Dah lama rasanya aku tak menulis di sini. Lebih daripada sebulan. Disebabkan aku cuti sem, maka aku tak dapat nak menulis di sini. Tapi, sekarang ni, aku dah kembali untuk menulis di sini.

Malam ni, tepat jam 12 tengah malam, adalah merupakan tahun baru. Kita akan meninggalkan tahun 2009, dan akan melangkah ke tahun 2010. Jadi, disebabkan itu, maka ini adalah entri terakhir untuk tahun 2009.

Kalo nak ditulis kat sini, rasanya sampai dah masuk tahun 2010 pun tak habis2 lagi benda yang nak ditulis. Sepanjang tahun 2009, banyak suka, duka, manis, pahit, maung dah aku tempuhi. Semua ni menjadi pengalaman yang berharga sepanjang tahun 2009. Semuanya tersimpan kemas dalam diari kehidupan aku. Dan InsyaAllah aku takkan lupa semua kenangan tu. Semua ini mematangkan diri aku yang masih kurang matang ni. Huhu...

Tahun 2010. Bermaksud, umur aku juga akan meningkat. Huhuhu... Rasanya macam tak percaya. Aku baru nak percaya umur aku yang sekarang ni, tapi terpaksa jugak aku percaya bahawa umur aku akan meningkat, dan terus meningkat. Semua orang pun macam tu jugak kan??

Tak sah pulak rasanya kalo masuk tahun baru takde azam baru kan?? Aku taw, sepanjang tahun 2009, ramai yang terasa dengan perangai aku yang degil, kepala batu, baran dan ego ni semua. Bukan tu jek, malah banyak lagi sikap buruk aku. Perempuan dengan perangai macam ni. Buruk giler rasanya. Sikap buruk ni memang ada pada aku sejak dulu lagi. Bukan tahun 2009 jek, malah tahun2 yang sebelum tu jugak mungkin ramai yang dah terasa dengan aku.

So, sempena tahun baru ni aku tak mau dah berperangai macam tu. Kena banyak bertoleransi dan manis muka. Biar semua orang senang dengan aku. Kalo tak tercapai pun, sekurang-kurangnya, aku dapat mengurangkan perangai buruk aku tu pun, jadilah. Dan, aku jugak ada beberapa azam lain lagi.

Err, azam yang mengarut pun ada jugak. Tapi takdelah mengarut sangat kot. Hahah... Takpe la, aku taknak tulis kat sini. Buat malu aku jek. Nanti orang kata aku ni tak malu pulak. Muka tembok. So, biarlah rahsia. Heheh...

Okey la, sempena tahun 2009 yang dah nak berakhir beberapa detik jek lagi ni, aku nak ucapkan SELAMAT TINGGAL tahun 2009, dan jugak sempena tahun baru yang jugak akan muncul tak lama lagi ni, aku nak ucapkan, SELAMAT TAHUN BARU. Moga semua azam tahun baru korang tercapai dan moga tahun 2010 menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun 2009.

Sabtu, 21 November 2009

Cuti

Salam...


Untuk seketika, blog ni akan berehat seketika daripada entri-entri baru. Hehehe. Cuti sem dah bermula, maka aku akan balik ke kampung. Kat rumah, aku tak boleh nak online sebab takde broadband. Maka, bertemulah kita di lain kali. See u alls next sem. Bubye...


Wassalam...

Salam

Salam alls...

Ye, aku mulakan dengan memberi salam pada semua. Satu perubahan yang baik mungkin. Itulah yang diharapkan. Ada beberapa benda yang aku nak cakap kat sini. Salah satunya, aku dah habis exam hari Rabu tu, dan yippie!! sebab dah merdeka. Heheh. Dan sebenarnya, aku dah tau pun result untuk beberapa subjek. Result keluar awal sebelum disahkan oleh ketua jabatan seminggu kemudian. Seriously, aku kecewa dengan result aku. Walaupun baru dua subjek yang aku dah tau resultnya, tapi aku dah mula rasa down dan dapat merasakan bahawa pointer aku jatuh sem ni. Tapi takpe, bak kata seseorang, exam bukan penentu segalanya-galanya, tapi yang penting adalah pengaplikasian ilmu yang telah dipelajari.

Lagi satu, sama ada aku update ataupun tak blog aku ni, rasa-rasanya macam takde bezanya. Hahah. Mungkin orang pun bosan membaca apa yang aku tulis sebelum-sebelum ni, dan aku akui bahawa aku sendiri malas nak membuka atau membuat entri pada blog aku. Dan aku pun taktau sama ada masih ada orang yang baca atau pun tak blog aku ni. Tapi, aku tak kisah pun pasal tu semua. Sebabnya, tujuan asal aku buat blog dulu bukan untuk orang baca, walaupun aku menulis entri. Tapi sebab aku nak jadi followers kepada blog yang menulis cerpen dan novel. Dengan menjadi follower mereka, aku takkan ketinggalan dengan entri-entri terbaru. Yup, i’m addicted. Tapi sekarang, aku tak kisah pun kalo orang baca blog aku ni. dan, aku follow mana-mana blog yang aku rasa best.

Dan aku biasanya akan jengah semua blog yang aku follow, tapi aku just jadi silent reader jek. Sebabnya, aku tak tau nak bagi komen apa. Kadang-kadang sebab aku rasa takde benda yang nak dikomen. Dan aku juga selalu jugak bukak blog-blog yang aku tak follow. Aku memang tak follow, tapi aku baca blog-blog mereka.

Terlalu banyak ‘dan’ pulak aku rasa kat entri aku ni. Maybe ada yang pelik sebab entri aku kali ni panjang. Hoho. Bukan apa, tapi maybe lepas ni aku akan menulis entri macam ni. Satu transformasi mungkin. Sebab aku malu dengan entri-entri aku yang sebelum ni. Bukan ada input apa-apa pun. Tapi ni just intro jek. So, janganlah berharap korang akan mendapat apa-apa input dari entri ini. Kalo korang perasanlahkan, cara aku menulis ni dari tadi macamlah aku ni famous kan?? Hahah. Sorry to say, aku ni langsung tak famous pun. Dan kehadiran aku dalam dunia blogging ni pun takde impak serta tak disedari oleh sesiapa.

Ok lah, thanx lah kepada sesiapa yang dah terbaca entri aku yang terpanjang sepanjang aku berblogging ni. Korang tentu penat. Hahah. Sorry, and thanx...=)

Wassalam...

Khamis, 5 November 2009

Serabuttttzz!!!

Aku tengah serabut.
Macam2 rasa ada.
Yela, esok nak exam.
Ada 2 paper plak tu.
Killer la jugak paper2 ni.
Tension rasa.
Makin banyak aku baca, rasa macam makin banyak pulak yang aku belum baca.
Huhuhu~

Tapi tadi aku mimpi.
Harap2 x jadi macam dalam mimpi.
Huhuh~
Selisih malaikat 44.
Macam mana ntah boleh termimpi macam tu.
Mintak la dijauhkan.
Tu la, nak exam orang suh study, aku pergi tidur.
Kan dah termimpi yang bukan2.
Haish~

Khamis, 29 Oktober 2009

Akhirnya...

Akhirnya...
Alhamdulillah...
Aku lulus test JPJ hari ni.
Sungguh tak sangka.
Sebab aku belum mahir sangat bawak kereta.
Tapi tadi, Alhamdulillah, dalam keadaan hujan pulak tu.
Aku memang tak mengharap.
Tapi aku bersyukur sangat-sangat.
Tinggal test untuk motor jek lagi.
Itupun selepas aku final nanti.
Mudah-mudahan aku berjaya.
Ameen~

Khamis, 22 Oktober 2009

Hasil Photoscape

Hari ni hari yang panjang bagi aku.
Maybe~
Kebetulan ada mood nak mengedit gambar, maka aku pun buat la kerja2 tu.
Dan...

Hasilnya...


Time Ladies Day...


Time MAK09...


Time Program Rakan Muda @ Mersing...

Tapi hasilnya tak seberapa.
Maklumlah...saya budak baru belajar...
Hehehe~






Isnin, 19 Oktober 2009

Shopping...

Tadi siang aku pergi Mid Valley.
Tujuan asalnya untuk temankan kawan aku makan KFC.
Dia kata teringin.
Tapi aku berhajat untuk beli baju sekali.
Kemudian, aku pun keluarkan duit dari ATM.
Tapi bukan baju jek yang aku beli.
Puas aku shopping2 siang tadi.
Ahaks~
Saja nak menghabiskan duit yang banyak ni.
Padahal time2 camni memang dah pokai.
Huhuhu~
Pastu, dah beli baju, aku teringin beli seluar pulak.
Jadi, aku pun belilah.
Dah setel semua, aku temankan kawan aku tadi ni pergi kedai kasut.
Dia nak beli sandal.
Tapi, bukan dia jek yang beli sandal.
Aku pun turut terpengaruh. Maka aku pun membelinya jua.
Haish!!~

Memang takde niat pun pada asalnya.
Niat asalnya just nak temankan si kawan ni jek.
Tapi, semua benda aku beli.
Huh!! Kalau dah namanya pun perempuan, pantang!!
Semua benda nak diborong.
Hohoho~

Nampaknya, mulai hari ni aku kena berjimat cermat untuk sampai hingga ke hujung bulan.
Almaklumlah, bulan ni, aku terlebih bajet.
Mungkin perbelanjaan paling banyak kot.
Bukan sebab shopping ye.
Aku jarang2 pergi shopping.
Kalau rajin jek baru ku shopping.
Tapi sebab keperluan lain.

*Oh wang!!
Kuseru kamu datang...
Opss...terlebih sudah.

Ahad, 11 Oktober 2009

Hijrah

Dua tiga hari ni aku agak busy.
Tak sempat pun nak buat esaimen.
Sebabnya budak2 blok C kena pindah ke blok D.
Berhijrah. Huhuhu...
Hai, naseb badan lah.
Nak taknak, kena la mengemas, mengangkut, dan mengemas semula.
Yang paling kesian, mestilah mereka2 yang banyak barang tu.
Kena berulang alik dari blok C ke blok D.
Kedua-dua blok ni plak, bukan dekat.
Hari tu lepas amek kunci, pergi check bilik jap.
Pastu bila malam, datang lagi mengangkut barang sikit nagn rumet.
Lantai bilik yang berhabuk tu, kitorang sapu n mop bagi bersih.
Berhabuk giler.
Tapi rasanya tak la bersih sangat kot.
Sebabnya sekarang ni selepas pindah kat sini, pijak lantai pun masih rasa berhabuk.
Floor yang kau duduk ni okey la jugak. Baru renovate la katakan.
Tapi still ada problem.
Kat floor kitorang, takde pintu utama. Yang ada hanya pintu yang grill tu jek.Bahaya betul.
Tapi masalah yang sebenar2nya masalah adalah penyelia yang duduk kat depan floor kitorang tu lelaki.
Kan naya macam tu. Biasalah.
Ni floor perempuan, dengan takde pintu, tiba2 kat depan tu bilik penyelia lelaki.
Memang bahaya. Takot2 jek dia keluar or masuk bilik time budak2 yang perempuan ni ngan pakaian dorang yang seksi.
Or, dari berkemban selepas mandi.
Huhuhu.... bayangkan sendiri.

Memang agak melecehkan jugak la.
Tapi tak kisahlah. Sem pun dah nak berakhir.
Tinggal sem depan jek lagi.
Hanya mampu bertahan selagi yang boleh.

Rabu, 7 Oktober 2009

...

Lama dah blog aku ni tak update kan??
Bukan sengaja, tapi ada problem sikit.
Pastu, sibuk sikit siapkan esaimen yang tak siap2 lagi tu.
Huhuhu...
Tapi aku bersyukur.
Sekarang ni minggu ke 12, tapi esaimen yang tak siap tinggal 1 jek lagi.
Jadi, takdelah tensen sangat macam sem2 yang lepas.
Hehehe...
Tapi nak siapkan esaimen yang satu ni bukan senang.
Kena guna Flash.
Waaaa...
Idea dah ada, tapi nak kena kreatif sikit untuk bagi benda tu menarik...
Hurm...

Isnin, 14 September 2009

Selamat Hari Raya...

Ahad, 13 September 2009

Home...I'm coming!!

Hoho.
Aku dah tak sabar nak balik kampung.
Tinggal 2 hari jek lagi nak balik.
Emm.. Teringin nak makan something.
Hahah.. Macam orang mengidam la pulak.
Walaupun something tu simple, tapi aku memang teringin bebeno nak makan lauk tu.
Kat sini mana ada benda tu.
Huhuhu...

Home...I’m coming!!
Rindu kat semua2, tapi mood nak raya tak muncul lagi.

Ahad, 6 September 2009

Again..

Tadi pagi aku tidur dalam kul 4 lebih.
Aku, Uya, dan Jaja sibuk siapkan replika rumah.
Tu pun baru siap dalam 70%.
Tapi, bila balik bilik tak boleh tidur sangat.
Aku tidur tak lena.
Jadi, awal jugak la aku bangun hari ni.
Awal dari yang aku targetkan.
Tak tau la kenapa padahal aku memang penat sangat.
Biasanya ada dua sebab jek kenapa ni berlaku.
Sama ada aku tension, atau pun sebab dah lama tak balik rumah.
Tapi, maybe jugak sebab neslo yang aku buat kot.
Walhal selama ni, kalau minum air kopi bercawan-cawan pun, aku masih boleh tidur lena.
Peralihan musim agaknya.
Sungguh. Alasan yang tak logik.

Em, petang ni sambung buat replika semula.
Tinggal buat bumbung jek.
Harap-harap boleh siap hari ni.
Kalau tak boleh siap jugak hari ni, kena jugak siapkan dalam minggu ni.
Yang penting, kena siapkan sebelum balik cuti raya dan nak hantar hari Khamis ni.
Malas dah nak fikir pape lagi pasal rumah ni.
Buat tambah serabut kepala aku.
Lagi-lagi esok ada test terminologi.
Tapi aku tak sempat lagi nak baca.
Malam ni baru nak study.
Tapi ntah masuk ntah tak dalam kepala ni.
Kalau macam tu, tak tau nak jawab pe esok.
Kalau ikut kata rumet aku, ‘jawab ikut iman’.
Maybe macam tu kot.
Huhuhu.
Mudah-mudahan aku dapat jawab.
Insyaallah.

Sabtu, 5 September 2009

Semua itu meletihkan

Aku baru balik dari Muzium Seni Asia.
Buat tugasan untuk pameran dan seminar akan diadakan 20 Oktober nanti.
Lebih kurang sebulan lebih jek lagi.
Jadi sekarang ni banyak lagi benda yang nak dibereskan.
Surat-surat, kad jemputan, poster, brosur, dan macam-macam lagi la.
Kalau boleh, sebelum balik cuti raya nak setel pasal benda2 ni.
Dan
Seriously, aku agak tension jugak la.
Semua pun tension aku rasa.
Lagi-lagi dengan replika rumah yang masih tak siap.
Selagi replika tu tak siap, selagi tu rasa tension tu tak hilang.
Mungkin sebab dah tahun akhir, so, tekanan makin bertambah mengikut keperluan.
Nasib baik ada assigment yang 50% dah siap.
Sejak puasa ni, aku rasa takde masa dah untuk bersenang-lenang macam sebelum2 ni.
Kalau ada pun, masanya sedikit cuma.
Setiap hujung minggu pulak diisi dengan membuat replika rumah.
Harapnya, boleh la siap dalam minggu ni jugak.
Dan apa yang aku harapkan jugak, sebelum balik untuk bercuti raya, kalau tak semua, harap-harap boleh la siap sama ada 4 atau 5 assignment.
Hopefully, Insyaallah.

PERSAHABATAN

PERSAHABATAN: Bermula dengan secebis senyuman, berputik dengan sebuah persahabatan, disulami dengan pergaduhan, berbunga dengan sekelumit cinta...

PERCINTAAN: Pada mulanya tidak diduga pada hakikatnya melahirkan perasaan kasih dan sayang, namun kita merancang, Tuhan menentukan lalu terciptalah perpisahan...

PERPISAHAN: Mengajar erti keikhlasan, prinsip menghargai diri dan erti kelemahan diri...

KESIMPULANNYA: Persahabatan lebih bermakna untuk dikenangkan. Ianya akan berkekalan buat selamanya...

Khamis, 3 September 2009

Hari ni hari Khamis.
Kuliah last untuk minggu ke lapan.
Jeng..jeng..jeng....

Ahad, 30 Ogos 2009

Esok

Esok 31 Ogos 2009.
Dah 52 tahun Malaysia merdeka.
Aku belum sempat ulas apa-apa tentang ni.
Selain tu, esok jugak hari Isnin.
Err, itu bermaksud minggu demi minggu berlalu.
Jadi, esok jugak dah masuk minggu ke 8.
Banyak assignment tak siap lagi.
Semuanya masih sipi-sipi jek.
Kalau macam tu siapa yang susah??
Aku jugakkan??
Nampaknya, aku terpaksa berkejar dengan masa.
Mudah-mudahan sempat siap sebelum balik cuti raya.
Amin.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Manusia Yang Tak Sempurna

Semalam tiba-tiba aku hilang mood.
Daripada lapar, menjadi tidak lapar.
Semua ni gara-gara seseorang.
Tiba-tiba aku diserang.
Dengan tuduhan yang sangat-sangat buat orang tersentap!
Huh! Manusia.
Tapi dia silap.
Dia fikir, dirinya sangat perfect!!
Perancangannya sangat sempurna.
Tapi yang sempurna itu, tak semestinya tak nampak kepincangannya.
Yang salah, semua aku.
Yang betul, semua dia.
Tahunya hanya menyalahkan aku.
Sedangkan salah aku, salah dia jugak.
Sama-sama manusia yang tak sempurna.
Takde manusia yang sempurna pun di muka bumi ini.
Setiap orang pun lakukan kesalahan.
Begitu jugak dengan dirinya.
Tapi mungkin dia tak sedar.
Insan yang terlalu ego.
Aku selalu dipersalahkan sedangkan kesalahan dirinya tak nak diakui.
Ye, tersangat-sangat ego!!
Selama ni semuanya aku telan.
Tapi aku belum buta untuk menilai apa yang berlaku di sekeliling aku.
Yang dah sah-sah nampak kepincangannya.
Aku bukan terlalu bodoh atau dungu.
Tapi malam tadi, selepas segala-galanya, aku lega.
Ye, aku dah meluahkan apa yang aku rasa, apa yang aku tau.
Jangan dipandang aku sebelah mata.
Sama ada dia nak mengaku atau tak, tu semua terpulang.
Tapi aku, sekali aku dipermainkan, selamanya aku takkan lupa!!
Bukan berdendam atau apa, tapi aku serik.

Rabu, 26 Ogos 2009

Soalan Famous!

Soalan famous di bulan puasa ni.
‘Awak puasa tak hari ni?’
Grrr... Geramnya.
Sensitip taw. Jangan tanya!
Itu adalah rahsia kerajaan aku.
Huhuhu...

Erk, aku masih cukup puasa setakat hari ni eyh.

Isnin, 24 Ogos 2009

I'm Back

Cuti mid sem dah habis.
Aku pun dah kembali.
Bulan Ramadhan pun dah menjelma.
Bulan Syawal bakal menjelang.
Terasa cepatnya masa berlalu.
Tinggal beberapa minggu je lagi untuk submit semua assignment, pembentangan dan juga pameran.
Maka, kesibukan pun bermula.
Nampaknya aura-aura ketensionan akan muncul tak lama lagi.
Huhuhu.

Sebenarnya aku rasa, blog aku ni sangat-sangat membosankan.
Entry tersangatlah ringkas.
Layout dari dulu sampai sekarang pun macam tu jugak.
Aku sendiri pun bosan tengok blog aku ni.
Maybe aku perlu buat perubahan pada blog aku.
Tengoklah nanti kalo ada masa dan kerajinan pada tahap yang tinggi.
Tapi aku bukan seorang yang pemalas ye.
Sila jangan salah paham =)

Rabu, 12 Ogos 2009

Jangan Rindu Aku

Esok aku nak balik kampung.
Cuti mid sem seminggu.
Jangan rindu aku tau.
Hahaha...

Isnin, 10 Ogos 2009

Macam-macam Hal

Malam ni sepatutnya ada kelas ganti kat Akademi Pengajian Islam.
Tapi bila kitorang da sampai ke AI, barulah kitorang tau kelas dibatalkan.
Nasib baiklah ada insan yang bermurah hati menghantar kitorang balik ke kolej.
Tu satu cerita, tapi tadi jugak dapat satu cerita lain.
Dari mulut kawan aku. Tentang roomate yang terasa dengan aku.
Sebabnya?? Aku tak mesra dengan dia berbanding dengan roomate yang lagi sorang.
Aku tak salahkan dia. Maybe roomate-roomate aku yang sebelum ni pun sama jugak kot.
Terasa dengan perangai aku.
Aku memang tak pandai nak bermesra dengan orang.
Lagi-lagi kalo orang tu jenis pendiam.
Aku susah nak masuk dengan orang.
Tapi dengan sesetengah orang, aku memang boleh masuk.
Itu jugak bergantung pada keadaan sebenarnya.
Tapi roomate aku yang ni bukan jenis pendiam.
Cuma aku tak jumpa lagi butang untuk mesra dengan dia.
Mungkin style dia tak kena dengan aku kot.
Sebenarnya, aku segan dengan dia jugak.
Ye, mungkin itu jugak salah satu faktornya.
Nampaknya aku kena improve lagi skill aku dalam komunikasi.
Haih!! Macam-macam hal la.
Salah aku jugak.
Huhuhu...

Sabtu, 8 Ogos 2009

Melaka oh Melaka!!

Hari ni pergi Melaka.
Taman Mini Malaysia.
Then, pergi ke Banda Hilir.
Pergi untuk Kembara Seni.
Tapi betul macam kata tutor.
Program Kembara Seni yang tak macam Kembara Seni.
Banyak rasa tak puas hati dengan program hari ni.
Rushing sangat. Semuanya kerja last minit.
Tapi takpelah, ada dua lagi bengkel.
Hopefully, dua lagi bengkel tu, jadikan la benda ni sebagai pengajaran.
Apa pun, enjoy jugak la walaupun penat.
Dan, segala input yang group kitorang nak, kitorang dapat jugaklah walaupun tak sepenuhnya.
Cuma, program ini berjalan atas rasa tak puas hati antara satu sama lain.
Siapa yang silap?? Maybe semuanya silap, tapi faham-faham sendirilah.
Apa pun, jadikan ini satu pengajaran untuk semua.
Dan malam ni, aku kepenatan la jugak.
Bukan penat apa.
Penat posing jek.
Hahaha...

Khamis, 6 Ogos 2009

Tidur

Tidur itu sedap.
Nikmat.
Tapi AKIBATNYA??
Kepala sakit sepanjang hari.
Sakit-sakit badan ataupun badan jadik lemau.
Tapi paling penting, malas nak buat kerja.
Huhuhu...


So, janganlah tidur melebihi sempadan waktunya ya!!

Sabtu, 1 Ogos 2009

Sembuh yang tak sembuh.

Oh yeah!!
Aku happy hari ni.
Demam dah sembuh. Heavenly.
Nampaknya tak yah la aku pergi klinik.
So, kawan-kawan, tak perlulah risau pasal aku.
Aku dah okey. Hehehe…

Walaupun demam dah sembuh, tapi still ada masalah.
Ulser kat mulut aku ni masih tak surut-surut.
Yang mampu aku buat, minum je air bebanyak.
Walhal aku kelaparan bagai nak gila ni.
Kalau ikutkan hati, macam-macam aku nak makan.
Dari semalam aku tak jamah sebutir pun nasi.
Ye, aku cuma mampu makan biskut jek.
Macam baby pun ada jugak.
Punya slow gila aku makan.
Sakit punya pasal. Huhuhu...
Ntah sejak bila aku mula tak tahan sakit ni pun aku tak tau.
Nampaknya, aku terlalu memanjakan diri.
Dan sejak bila, aku pun tak tau.


Hari ni, rumet aku demam.
Kesiannya dia. Mudah-mudahan dia cepatlah sembuh.

Jumaat, 31 Julai 2009

DEMAM!!

Demam aku masih belum kebah sepenuhnya.
Dalam banyak-banyak orang, aku pun terkena virus ni jugak.
Waa, seksanya.
Semalam aku berkelubung jek bawah selimut.
Dah telan banyak jugak panadol actifast ni.
Tapi kenapa la tak kebah-kebah lagi ek?
Aku ni dah la malas plus tak suka nak pergi klinik.
Huhuhu...

Dah la dari semalam aku kelaparan.
Nak makan takde selera.
Tekak pahit, dah tu mulut kena ulser.
Sampai bengkak-bangkak bibir aku.
Nasib baik satu jek.
Haih!! Macam-macam dugaan.
Sedihnya.
Kalo kat rumah aku demam barulah best.
Tu la, aritu adik aku demam, aku ejek.
Tak pasal-pasal, sekarang ni aku pulak yang demam.
Oh ye, dia demam homesick ye.
Kalo ejek pun takpe. Hehehe...

Wah, apa-apa pun aku harap cepatlah aku sembuh.
Kalo tak, nanti mak ngan abah aku marah sebab aku tak pergi klinik.
Sakit-sakit kena marah, kan sedih tu.
Huhuhu...

Khamis, 30 Julai 2009

BENGANG!!

Bengang!!
Ye, aku tengah bengang sekarang ni.
Apa taknya.
Program nak berjalan lagi seminggu jek lagi.
Tapi, baru malam tadi minta cari tajaan.
Dah la siapkan KKD lambat, dah tu senang-senang jek nak mengarah orang.
Kalau bagi masa takpe jugak, tapi ni dah suntuk.
Suruh cepat-cepat pulak tu.
Mana la nak dapat tajaan dalam masa seminggu ni.
Ingat senang ke nak dapatkan tajaan??
Fikirlah sendiri.
Nak tekan-tekan orang pulak.
Senang jek mengarah orang lain.
Tu lah masalahnya…
Bila orang dah merasakan dirinya penting…
Aku cuma melukut di tepi gantang jek.
Ada aku atau takde aku pun, sama jek...
Emmm...

Aura-aura nak demam pun ada gak ni.
Memang menyeksakan...
Huhuhu...

Jumaat, 24 Julai 2009

Terus Menanti

Tak tau kenapa.
Malam ni aku terasa sesuatu.
Sesuatu yang aku cuba abaikan selama ni.
Tapi, sampai aku tak tau sampai bila aku boleh abaikan.
Yang aku tau, aku memang tak boleh lari.
Sebab, selagi aku lari, selagi itu ia mengejar.

Cuma...
Sekarang ni aku menunggu.
Menunggu untuk sesuatu yang baru...
Menunggu hingga dia muncul dengan sendirinya.
Sampai bila, aku tak pasti.
Yang aku pasti, rasa itu akan ada suatu hari nanti.
Dan aku, hanya terus menanti.



Errr...
Macam jiwang sangat jek.
Huhuhu...

Selasa, 21 Julai 2009

MALAS!!

Banyak benda aku nak cakap.
Banyak benda aku nak tulis.
Dan banyak benda aku nak post.
Tapi masalahnya, aku sedang...
M.A.L.A.S = MALAS!!


Macam mana nak jadi rajin??

Rabu, 15 Julai 2009

Menghitung Detik!

Sekarang ni aku tengah menghitung..
Detik.. demi detik...
Tinggal lagi beberapa jam jek.
Tak sampai 24 jam.
Untuk aku pulang ke tanah air.
Dari University of Manchester...
Jap lagi, sampailah aku ke kampung halaman.
Hehehe...

Okey, aku tipu jek.
Kalo lah betul2 aku dapat study kat University of Manchester...
Wow!!
Homesick agaknya!

Okey!
Aku selalu kenakan orang.
Tapi aku jarang tipu orang.
Kadangkala sebab terpaksa.
Tapi yang ni aku tak tipu eyh.
Dan melakukan benda ni adalah benda paling rajin, dan tak pernah-pernah malas dalam kamus hidup aku.
BALIK KAMPUNG!!
Hehehe...

Jangan jealous ye.
Aku tau, ramai yang tak boleh nak balik kampung selalu macam aku ni.
Yang ni pun aku suka lakukan.
Mengusik orang, atau buat orang geram.
Hahaha...
Ku bahagia!!

Ahad, 12 Julai 2009

10 Pesanan Berguna Untuk Kehidupan

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan Allah, ini adalah hakNya pula.
10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Sabtu, 11 Julai 2009

Eksklusif!!

Aku tak tau nak tulis apa sekarang ni.
Jadi aku post je pic aku kat sini.
Buat julung-julung kalinya tu.
Tu yang eksklusif tu.
Hehehe...

Ni pic aku dengan adik aku.
Cuba teka, dia ni lelaki ke perempuan?


Yang ni, aku dengan kawan aku.
Masa tu program homestay kat Rembau.
Tu lah rumah keluarga angkat aku.



Ni pic masa kat Gunung Lambak.
Thanx Abg Ery coz amek gambar kitorang yang comey ni.
Hehehe...




Yang ni pic kitorang bertiga dengan boss kat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat.
Muda lagi ni.
Bujang pun ye.
Hehehe...

Khamis, 9 Julai 2009

Add & Drop

Dalam tempoh dua minggu ni merupakan minggu add & drop.
Biasalah. Orang Melayu memang agak tipikal.
Mungkin sebab minggu ni minggu add & drop, jadi ramai yang tak datang ke kelas.
Alasannya, maybe lecturer tak bagi kuliah sangat.
Walhal, bila masuk kelas, semua lecturer menyatakan benda yang sama iaitu pelajar yang datang kelas tak sama bilangannya dengan pelajar yang mendaftar.
So, apa yang telah diberitahu kat kitorang nanti, terpaksa diberitahu sekali lagi pada minggu berikutnya.
Mengulang benda yang sama.
Melecehkan dan merumitkan.
Tapi, lumrahlah tu kan.

Jaduah kuliah & tutorial dah ditetapkan.
Nampaknya setakat ni, takde subjek yang aku nak drop.
Secara kasarnya, gambaran tentang tugasan jugak dah dapat.
Memang banyak tugasan.
Semuanya mencabar.
Tapi, apa yang mencabar, itulah yang menyeronokkan.
Yang penting, puas hati.

Isnin, 6 Julai 2009

Baru

Tahun pengajian yang baru.
Semester sudah semestinyalah baru.
Yang lama cuma aku.
Pelajar tahun akhir.
Macam tak percaya.
Tapi itulah hakikat kehidupan.
Terasa cepat masa berlalu.
Memainkan liku-liku kehidupan.
Sampai ke detik waktunya.
Terpaksa jua menerima hakikat ini.
Aku sudah semakin dewasa.
Huhuhu...

Ahad, 5 Julai 2009

Daftar Kolej

Hari ni daftar kolej.
Singgah dulu ke 12th.
Beli makanan.
Terjumpa si lupi.
Kebetulan yang tak disengajakan.
Dia makan dengan dengan perempuan lain.
Boleh tahan jugak buaya dia ni.
Ish3...
Kuciwa ku jadinya.

Khamis, 25 Jun 2009

Serabut

Semalam dan hari ini buat senarai nama persatuan di empat parlimen.
Aku serabut.
Esok kena pergi Kg Tenglu, Mersing.
3 hari 2 malam, jadi urusetia
Tambah serabut...

Hari ni last punya entri.
Esok tak sempat.
Minggu depan cuti seminggu.
Balik kampus baru aku post entri.
Itu pun kalo rajin.
Nasiblah.

Selasa, 23 Jun 2009

Kata

Kata-kata seorang aku kadangkala tidak boleh dipercayai.
Bukan sebab aku pembohong.
Bukan sebab aku penipu.
Tapi sebab aku seringkali menyorokkan sesuatu kebenaran.
Bukan untuk kepentingan diri sendiri, tapi demi menjaga hati orang lain.
Dulu aku tak sedar pun sifat aku yang satu ni.
Tapi, bila aku aku kenal kawan-kawan aku yang sekarang ni, semuanya berubah.
Dia yang mula-mula tegur aku.
Katanya,

'Awak ni selalu macam menyorokkan something.
Macam taknak berterus terang.
Orang rasa macam awak ni bohong tau.’

1st time aku dengar dia cakap macam tu, aku terkejut.
Aku berbohong?

Sebenarnya kadang-kadang, cakap sesuatu yang melegakan hati orang adalah lebih baik daripada cakap sesuatu yang menyakitkan hati orang.
Lebih-lebih lagi kalau orang tu sensitif.
Aku tak suka ambik risiko bemasam muka dengan orang macam ni.
Sebabnya, degil aku ni boleh tahan jugak.
Tak pandai nak memujuk, dan tak pandai meluahkan kata-kata maaf.
Jalan selamat adalah dengan tidak berterus terang.

Tapi orang macam aku, kalau dah belajar tentang sesuatu sifat, aku akan teruskan dengan sifat yang satu tu. Lurus.
Sekarang ni aku jadi seorang yang berterus terang.
Tapi masalahnya, terus terang tak kena tempat.
Memang bahaya, tapi biasanya aku cuma berterus terang kalau keadaan mengizinkan.
Orang yang sensitif, aku elakkan.

Isnin, 22 Jun 2009

Muka Takde Perasaan

Kawan aku selalu kata yang aku ni pelik.
Bukan sorang dua yang pernah cakap macam tu.
Adik bongsu aku pun selalu cakap aku ni macam tu.
Kalau berbual dengan aku memang menyakitkan hati.
Bukan apa, tapi sebab aku tayang muka takde perasaan.
Sebab tu dorang kata aku pelik.

Sebenarnya, aku hanya boleh menjadi seorang pendengar yang baik, tapi bukan seorang ahli motivasi yang baik.
Kalau orang bercakap atau meluahkan sesuatu, aku hanya mendengar.
Mendengar dengan penuh minat.
Tapi aku tak pandai menenangkan hati orang atau memberikan reaksi.
Kenapa aku macam ni??
Aku pun tak tahu, tapi aku belajar untuk mengatasi kelemahan aku yang satu ni.

Melalui pergaulan, kadang-kadang beri masalah pada aku jugak.
Kalau orang bercakap dengan aku, terutama kepada mereka yang tak berapa aku kenali, aku hanya mampu tersenyum.
Kadang-kadang, aku hanya mengiyakan apa yang orang tu cakap.
Itu jek respon dari aku.
Tapi dalam hati aku berharap agar dia tak terus berbual dengan aku.

Tapi kadang-kadang sengaja jugak aku tayang muka tak berperasaan ni.
Bukan nak menyakitkan hati, tapi sebab aku malas nak layan orang yang banyak celoteh macam adik aku tu.
Kalau dah bercakap, dia tak tau penat, tapi telinga aku yang letih mendengar.
Jalan penyelesaian terbaik, tunjuk muka tak berperasaan.
Gerenti selamat.

Minggu Last

Minggu ni minggu last aku praktikal kat sini.
Macam-macam perasaan ada.
Kalau dulu tak sabar nak habiskan praktikal, tapi sekarang aku rasa macam taknak blah pulak dari sini.
Sedih pun ada.
Tapi setiap permulaan pasti ada pengakhiran.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Yang penting, pengalaman yang aku dapat kat sini.
Em, pasti aku rindu kat diorang semua.

Jumaat, 19 Jun 2009

Hari Jumaat

Hari Jumaat.
Tak banyak kerja.
Tak ramai orang.
Masa kerja yang singkat.
Aku sangat suka macam ni.
Hehehe...=p

Khamis, 18 Jun 2009

Money Isn't Everything...


Aku pernah post pasal benda ni dulu...
Tapi yang ni lain sikit.

Rabu, 17 Jun 2009

Lambat Antara Yang Terlambat

Malam semalam aku buat laporan.
Nak kena submit laporan tu sebelum abis praktikal.

Dah ngantuk, aku taip laju-laju.
Pastu, adik aku pandang semacam.
Dorang memang.
Selalu pandang aku pelik semacam.
Aku pun hairan.
Ntah apa yang peliknya pada aku.

Tapi ayat yang dia cakap kat aku buat aku berfikir.
Macam ni lah lebih kurang ayat yang dia cakap kat aku.

'Lajunya kak Lia taip.
Tapi kita ingat lagi cikgu kita cakap.
Kalau kita laju, ada orang yang lebih laju lagi daripada kita.
Kalau kita lambat, ada orang yang lebih lambat daripada kita.’

Then, dia sambung lagi kata-kata dia.

'Pastu kita tanya kat cikgu kita.
Kalau kita yang paling lambat tu macam mana pulak?
Cikgu kita pun cakap, kalau kita yang paling lambat, itu bermakna kita adalah yang paling
lambat antara yang terlambat.’

Kalau difikir-fikir balik, dalam maksud kata-kata ni.
Maksud yang tersirat.

Selasa, 16 Jun 2009

RAHSIA

Hari ni takde entri baru.
Sebab semalam aku tak sempat nak taip entri baru.
Hari ni pulak banyak kerja.
Tapi dalam takde entri pun, masih ada jugak entri baru kan??
Ehehehe...

Oh ye, kawan aku ni sibuk-sibuk nak tengok blog aku.
Sebab dia pun buat blog.
Jawapan aku, R.A.H.S.I.A...
Kalau nak tengok jugak, cari sendiri.
Usaha tangga kejayaan.
Kan...kan...kan...??

Isnin, 15 Jun 2009

Homesick

Sabtu balik rumah.
Sakit kepala, aku buli adik aku.
Aku suruh dia picit kepala aku.
Ni la masanya nak buli dia.
Kalau tak, bila lagi kan nak bermanja-manja kena picit ngan adik?
Ehehehe...

Walaupun aku sempat tidur semalaman jek, tapi balik rumah memang best.
Tidur lena jek.
Bukan apa, tapi sejak seminggu dua kebelakangan ni, aku tidur kurang lena.
Selalunya aku tidur mati. Tak sedar pape pun yang berlaku.
Hujan ribut pun aku tak sedar.
Tapi, seminggu dua ni asyik2 tersedar jek time tidur.
Sejam sekali pasti tersedar.
Bangun pagi sakit kepala.

Tapi takpe.
Dah balik rumah, gerenti aku sihat.
Bertambah sihat.
Homesick agaknya.
Duduk dekat pun boleh homesick.
Mengada sungguh.
Huhuhu...

Jumaat, 12 Jun 2009

Jumaat Yang Indah

Lalala…
Bestnya arini.
Kat pejabat ada satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh orang jek.
Eh, ada bos.
Tapi sunyi bila akak2 & abang2 penggerak takde.
Boring.
Bosan.
Sama la tu kan maksudnya.

Oh ye, besok aku nak balik rumah.
Finally.
Seronoknya.
Tapi duk rumah dua hari jek.
Pastu balik sini semula.
Alangkah bahagianya aku kalau dapat duk umah lama2.
Huhuhu...

Isnin pergi kerja semula.
Kebosanan pun bermula.
Rutin harian yang sama ni akan berulang lebih kurang dalam dua minggu je lagi.
Tak sabarnya nak abis kan dua minggu tu.
Then, bolehlah duk umah lama2.
Lalala...

Khamis, 11 Jun 2009

Kerja Oh Kerja

Semalam aku kepenatan.
Balik kerja pukul 6.00 pm lebih.
Sepatutnya balik pukul 5.00 pm
Kalau kitorang kerja, dan bukan praktikal, boleh jugak claim untuk overtime.
Tapi ni dapat penat jek. Tak boleh claim untuk pape. Kerja free jek.
Sambung kerja kat rumah lagi.
Bukan buat kerja berat sangat pun.
Tapi just edit gambar jek.
Tolong penggerak2 rakan muda edit gambar untuk 26 parlimen di negeri Johor.
Setiap parlimen pulak, ada banyak program yang dianjurkan.
Senoneng kepala jadinya.
Benda tu dorang nak guna untuk hari ini.
Hari ni nak guna, baru semalam dorang push diri buat kerja.
Bagi gambar last2 minit.
Dah tu cerewet boleh tahan.
Last2 minit, mesin laminate rosak, printer pun sama.
Kertas laminate abis, & ntah berapa kali ganti catridge.
Semua mesin kat pejabat ni pun mogok agaknya sebab banyak sangat buat kerja.
Mesin pun tau penat, apatah lagi manusia.
Nasiblah.

Err, laporan nak dihantar untuk penialaian pensyarah pun tak siap lagi.
Lagi dua minggu nak abis praktikal.
Sepatutnya minggu ni kena hantar, tapi sentiasa kesuntukan masa.
Balik kerja dah lepak.
Terus pengsan atas katil.
Hujung minggu pun ada program.
Nasib baik aku just praktikal kat sini, kalau kerja kat sini, maybe aku pun tak tahan.

Salah sorang akak penggerak tu ada cakap, jangan apply kerja kat sini.
Sebabnya, banyak sangat kerja. Penat.
Kerja yang memerlukan banyak tenaga.
Selalu keluar ke tempat-tempat tertentu.

Tapi rezeki di mana-mana.
Zaman sekarang, bukan kita yang memilih kerja, tapi kerja yang memilih kita.
Jadi, bersyukur je la dengan apa adanya.

Rabu, 10 Jun 2009

Psikologi Kerja

Aku bukan menyibuk, tapi aku hanya memerhati.
Apa yang berlaku di sekeliling aku, aku nilai.
Tempat aku praktikal ni, sektor kerajaan.
Hubungan antara pekerja sangat baik dan mesra.
Tapi itu mungkin hanya luaran.
Dalaman tidak seindah yang disangka.
Ada juga perasaan tak puas hati antara satu sama lain.
Tak tau macam mana benda ni boleh berlaku.
Walhal kalau dilihat dari segi luaran, nampak sungguh mesra.
Takde masalah. Tapi tetap terdengar sok sek di mana-mana.
Mungkin inilah antara satu situasi dalam alam pekerjaan yang bakal aku tempuh tak lama lagi.
Psikologi kerja. Mungkin juga disebabkan persaingan.
Cabaran alam pekerjaan.
Tapi aku tak kisah.
Yang penting aku menimba seberapa banyak pengalaman dan ilmu di sini.
Apa yang berlaku tu, hal antara dorang.
Kalau berlaku pada aku kelak, mungkin aku hanya akan berdiam diri.
Tanpa bertindak, tapi aku bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Alam pekerjaan memang penuh dengan cabaran.
Aku harus bersedia mulai dari sekarang.

Selasa, 9 Jun 2009

Keliru Lagi!!

Aku keliru
Menjadi buntu
Arah yang ingin ku tuju…

Macam ni la keadaan aku sekarang.
Tak tau nak pilih ke kanan atau kiri.
Maybe jugak aku tak kan pilih kanan atau kiri.
Mungkin aku akan terus memilih ke depan.
Apa yang ada kat depan?
Aku tak tau.
Mungkin sesuatu yang baik, dan mungkin juga sesuatu yang buruk.
Mungkin juga jalan yang penuh liku.
Dan mungkin juga, akan terus dibayangi oleh kanan dan kiri.

Isnin, 8 Jun 2009

RESULT

Oh ye. Result dah keluar.
Sejak minggu lepas.
Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa kali ni result keluar awal berbanding kebiasaannya.
Slip peperiksaan pun dah sampai ke rumah.
Agak aneh UM kali ni.

Tapi masalahnya, pendaftaran online lambat dibuka.
Pentaftaran online baru dibuka.
Walhal, kalau nak diikutkan, notis di laman web rasmi menyatakan bahawa pendaftaran dibuka 1 Jun.
Janji Melayu.
Mungkin sebab result keluar awal, tu yang pihak SKET tak sempat nak kemaskini sistem untuk pendaftaran.
Agaknya la kot.

Bercakap pasal result.
Alhamdulillah. Aku sangat berpuas hati dengan result kali ni.
Melebihi pointer yang aku targetkan.
Sungguh tak ku sangka, tapi aku akan cuba kekalkan pointer aku di tahap ni.
So, sem akan datang ni, aku kena lebih berusaha.
Demi sebuah cita-cita.

Jumaat, 5 Jun 2009

Seorang Lelaki Yang Pelik

Seorang lelaki. Dah ada pasangan.
Tapi still nak cari orang lain.
Masalahnya, pada masa yang sama dia tak nak lepaskan pasangannya tu.
Kenapa ek?
Adakah dia sayang pasangannya tu?
Atau pun, kalo tak berjaya dengan perhubungan barunya, pasangannya masih setia di sisi.
Atau, ada agenda tersembunyi?
Mungkin juga kerana ego seorang lelaki.
Jeng...jeng...jeng...

Cuma lelaki tu je yang tau jawapannya...

Khamis, 4 Jun 2009

Dunia Khayalan

Ada orang kata aku ni pelik.
Hidup dalam dunia khayalan.
Aku pelik dengan kata-kata dia.
Apa maksudnya aku hidup dalam dunia khayalan?
Aku memang kuat berangan, tapi aku bukanlah seorang yang berhalusinasi.
Err... Mungkin jugak aku berhalusinasi tanpa sedar.

Rabu, 3 Jun 2009

Mood Hari Rabu

Pagi ni aku bangun tidur dengan mood berterabur.
Er, maksudnya mood aku mood nak marah-marah orang.
Tapi ni kat rumah orang, takkan lah aku nak marah-marah.
Nasib baik ada Anip.
Time aku suap dia sarapan, keletah dia buat mood aku kembali okey.
Tapi bila dating kerja, mood nak marah-marah tu datang balik.
Hormon tak stabil agaknya.
Mungkin sebab aku dah lama tak marah orang.
Atau, maybe jugak sebab selsema aku yang baru menyerang malam tadi.
Huhuhu…

Selasa, 2 Jun 2009

Aku Keliru

Mak aku suruh aku mohon KPLI lepas habis study ni.
Nenek aku pun sama.
Mak cik aku pun macam tu jugak.
Aku?? Tersepit kat tengah2.
Aku tak minat nak jadi cikgu. So, apa perlu aku buat??
Ikut kehendak dorang atau kehendak aku sendiri??
Maybe jugak aku hanya bergantung pada keadaan.

Masa yang akan menentukan segalanya...

Isnin, 1 Jun 2009

Penangan Gunung Lambak

Hari ni aku masuk kerja dengan kaki yang sakit.
Begitu juga dengan pegawai-pegawai kat sini.
Kebanyakkan dorang datang bekerja dengan kaki yang sakit.
Tapi dorang tu hanya tertakluk pada mereka yang panjat gunung jek la.
Bos pulak, siap ambik cuti.
Maybe kaki dia pun sakit jugak.
Kalau la ku tau bos amek cuti arini, tentu aku pun amek MC arini.
Huhuhu...

Berehat di rumah, lebih aman daripada duduk kat pejabat tanpa buat apa-apa kerja.

Jumaat, 29 Mei 2009

Daun Pandan

Sambung cerita semalam…
Pasal daun pandan.
Daun pandan tu di potong kecik-kecik dan halus-halus untuk dijual.
Dijual untuk apa, aku tak tau.
Untuk buat cendol kot.
Daun pandan tu kebetulan ditanam banyak kat belakang rumah kawan aku ni.
Berdasarkan apa yang diberi tau pada aku, kalau daun pandan tu tak dipotong, hanya diikat dan dijual mentah-mentah, sekilo dalam RM 1.00.
Tapi, kalau daun dipotong-potong, kurang dari 1 cm, sekilo RM 2.00.
Tentulah mak dan ayah kawan aku ni memilih untuk potong daun tu.
Seharian dorang buat kerja tu.
Tangan pun dah sakit-sakit. Pinggang pun sama.
Aku cuma tolong sekejap jek waktu malam, tapi itu pun tangan aku dah terasa sakitnya. Jari tengah pun dah terasa hausnya.
Bayangkanlah dorang ni pulak.
Kesian pulak rasa bila dah penat-penat, tapi bila timbang, baru dapat sekilo lebih.
Yelah, daun pandan kan ringan.
Rasa macam tak berbaloi jek buat kerja ni semua.
Tapi takpe la kalau nak mencari duit sampingan di samping mengisi masa lapang.
Masa potong daun tu, aku perasan sesuatu.
Mungkin selama ni aku perasan benda tu, tapi tak alert.
Tapi yang pasti, benda tu bukan ulat sebab daun tu dah dicuci bersih sebelum di potong.
Apa yang ada? Hehe...
Duri kecik jek kat sebelah bawah dan tepi hujung daun tu.
Semua hidupan, ada alat perlindungannya tersendiri.
Baru aku tau, daun pandan yang wangi ni pun macam ni jugak.
Ada alat perlindungan untuk melindungi dirinya dari musuh.
Fitrah alam.
Kalau hidupan lain pandai melindungi dirinya dari musuh, apatah lagi manusia yang diberikan akal.
Seharusnya lebih pandai melindungi diri.
Tapi manusia juga hanya insan biasa. Punya kelemahan.
Kalau boleh, aku nak jadi macam daun pandan tu.
Kalaulah boleh.
Tapi rasanya tak boleh kot.
Sebab kadang-kadang ada ulat kat daun pandan.
Aku ..... dengan ulat. Huhu..

Oh ye, aku dah dapat upah potong daun pandan. Tapi rasanya macam banyak sangat jek Pak Tam bagi kat aku. Aku tak nak amek. Segan sebab aku dah duduk free kat sini. Niat aku malam tadi cuma nak tolong jek. Tapi dah dia paksa aku amek, aku amek jek la. Dah rezeki. Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Hehehe...

Eh lupa, esok aku nak pergi mendaki Gunung Lambak.
~Lalalalala...~

Khamis, 28 Mei 2009

No Entri

Malam tadi aku tak sempat nak tulis entri baru.
Aku tolong mak dan ayah kawan aku potong daun pandan.
Potong daun pandan guna gunting.
Habis sakit tangan aku.
Tapi ada something yang aku jumpa pada daun pandan tu.
Something yang selama ni mungkin aku tak sedar.
Ada masa nanti aku cerita.

Rabu, 27 Mei 2009

BEFORE…

Before you SPEAK,
LISTEN

Berdasarkan kata-kata ni, biasanya aku lebih suka mendengar berbanding bercakap. Aku bukan malas nak bercakap tapi kadang-kadang aku rasa apa yang aku nak cakapkan ni bukan benda yang penting, dan takkan siapa dengar. Aku hanya bercakap bila perlu. Lagi-lagi kepada orang yang tak berapa kenal dan rapat. So, lebih baik aku mendengar berbanding bercakap. Sebab tu bagi orang yang tak mengenali aku akan mengatakan bahawa aku ni seorang pendiam.


Before you WRITE,
THINK

Pernah terjadi pada aku, pada waktu aku mamai, aku menaip mesej tanpa berfikir. Ntah apa yang aku cakap, dan akibatnya aku dapat hadiah yang paling besar. Aku dikatakan sebagai seorang yang kurang ajar oleh seseorang. Dalam keadaan mamai, aku tak terfikir apa akibatnya daripada perkataan yang aku taip itu. Kalau dalam waktu sedar, tak mungkin aku mengatakan sedemikian. Terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata, buruk padahnya. Dan, aku mendapat pengajaran dari sini.


Before you SPEND,
EARN

Yang ni aku no comment sebab aku belum bekerja dan ada duit sendiri. Tapi aku ada duit daripada mak abah yang untuk aku gunakan pada masa aku memerlukan. Aku berbelanja guna duit tu lah, dan kadang-kadang, guna duit baki PTPTN yang masih tinggal setiap sem. Tapi biasanya aku shopping berdasarkan kemampuan aku jek.


Before you QUIT,
TRY!

Orang yang gagal adalah orang yang takut untuk mencuba. Jadi, sebelum berputus asa, kita perlulah mencuba. Orang yang berjaya adalah orang yang berani mencuba dan menghadapi risiko. Aku pulak, ada sesetengah perkara yang aku berani buat, dan ada sesetengahnya aku tak berani buat. Tapi kadang-kadang, benda yang kawan-kawan aku tak berani buat pun aku buat. Sebab bagi aku, setiap perkara tu, kita kena cuba walaupun sekali seumur hidup. Tapi tak termasuk benda yang negatif okey.

Jadi, fikir-fikirkanlah falsafah BEFORE ini...

Selasa, 26 Mei 2009

RINDU

Tak tau kenapa malam tadi aku tiba-tiba terasa rindu.
Aku tau itu perasaan rindu.
Rindu kepada seseorang.
Tak tau rindu pada siapa.
Mungkin rindu pada dia, dia, atau dia.
Siapa dia?
Maybe mak atau abah aku.
Maybe jugak adik atau kawan-kawan aku.
Tapi, maybe jugak rindu pada dia.
Adakah dia juga merindui aku?

Hehehe...Perasan..

Isnin, 25 Mei 2009

Down N Cool

Jumaat lalu, aku rasa down. Aku rasa letih dengan semua-semua ni. Tapi semua tu datang dari diri aku sendiri. Tak tau nak buat macam mana. Tapi aku masih waras, dan tak pernah terrniat untuk melakukan something yang di luar batas kemanusiaan. Kawan tempat ku mengadu jauh di luar negara. Lalu aku mesej dia, tapi aku memberitahunya bahawa mesej aku tak perlu di reply sebab kosnya tinggi berbanding aku yang hanya 1 sen sahaja untuk satu mesej.
Aku luahkan apa yang terbuku. Terima kasih upax. Tanpa kau tak mungkin aku sanggup mesej kawan aku yang kini berada di Beijing.
Rindunya kat dia. Miss u so much!!

Kadangkala kebiasaan akan menyebabkan kita akan menjadi terlalu selesa. Aku biasa dan selesa meluahkan pada dia berbanding kawan yang kini rumahnya menjadi tempat tumpangan aku. Bukan aku tak percaya, tapi aku malu nak luahkannya. Hanya kawan yang kini berada jauh tempat aku untuk mengadu, dan akhirnya aku lega. Hidup aku kini berjalan seperti biasa.
Thanx sebab dengar aku mengadu yang bukan-bukan T, n thanx jugak untuk Celcom. Hehehe...=)

Jumaat, 22 Mei 2009

Hype..

Hype…
Lama dah tak update kat sini.
Blog ni masih aktif, belum terkubur lagi.
Huhu...
Bukan apa, tapi baru sekarang jumpa wifi kat sini, tempat praktikal aku.
Selain tu, aku tak sempat nak tulis entri baru.
Balik kerja aku dah penat.
Bagi aku, lebih best tidur daripada buat kerja lain.
Okey la, lain kali jek aku cerita pasal praktikal aku ni.
Chow.

Jumaat, 1 Mei 2009

Teman Tapi Mesra

Sekadar teman, tapi mesra. Biasanya istilah adalah untuk kawan rapat yang berlawanan jantina. Bagi aku tak salah pun. Tapi persepsi orang sukar diduga. Di luar jangkauan minda kita sendiri.

Aku ada sorang kawan baik lelaki. Tapi kawan aku sungguh2 tidak percaya bahawa hubungan kami tak lebih dari berkawan. Diorang menyangka kami adalah pasangan. Pernah, tapi suatu masa dahulu. Tapi lebih selesa menjadi seperti sekarang. Itu adalah lebih baik.

Berjumpa pun jarang sekali. Masing2 busy dengan komitmen masing2. Kalau berjumpa, bukan sekadar kawan la tu. Itu pendapat kawan aku, yang bercanggah dengan aku. Bagi aku, berjumpa tu perkara biasa je kalau kita berkawan dengan seseorang. Tak semestinya dah ada title sebagai boyfriend & girlfriend baru boleh berjumpa. Dan, jujurnya, dia adalah satu2nya lelaki yang aku berani jumpa setakat ni. Rasa selesa tanpa ada rasa syak wasangka.

Berjumpa pun tak semestinya bercinta. Tak salah berjumpa dengan kawan lelaki. Yang penting pandai menjaga diri dan menjaga batas2 sebagai kawan. Kadang2 lebih enjoy berbanding dengan kawan perempuan. Minda pulak, jauh lebih terbuka aku rasa.

Berkawan tak semestinya bercinta. Dan berkawan, tak semestinya sesama jantina. Ini hanya pendapat aku. Mungkin tak sama dengan pendapat korang. Itu hak masing2.

Khamis, 30 April 2009

Suka... Tak Suka

Aku tak dapat mengkaji kenapa seseorang itu tidak jemu bila dia suka kat something. Dari kecik sampai sekarang. Aku ada 2 orang kawan yang suka kat satu2 benda tu. Dari kecik, sampailah sekarang. Sorang tu suka makan buah epal, terutamanya epal hijau. Aku pelik. Kenapa dia tak pernah jemu?? Sedangkan bagi aku, pada satu2 tempoh tertentu, manusia akan berasa jemu dengan sesuatu yang dia suka. Lagi sorang tu pulak, dia minat kat Erra Fazira. Bermula dari alam persekolahan sehinggalah kini. Minat mengatasi segalanya.

Bila dorang berdua ni nak hilang ketaksubannya (betul ke perkataan ni? Hentam je la labu) pada satu2 benda?? Mungkin apabila terjadi suatu peristiwa yang melibatkan apa yang dia suka.

Aku ada sorang kawan yang suka makan coklat. Tapi baru2 ni dia dah tak suka makan coklat. Sebabnya?? Dia pernah makan terlalu banyak coklat sehinggakan dia muntah. Sejak dari itu, dia tak suka coklat. Oh ye, aku pulak pernah sukakan mayonis. Masa tu form 2. Masa tu aku bubuh mayonis kat burger terlalu banyak. Esoknya aku sakit perut yang teramat sangat. Sampai muntah2. Sejak tu aku benci mayonis. Ada jugak kawan yang suka makan coklat, tapi tak suka aiskrim coklat sebab dia pernah muntah akibat makan aiskrim coklat.

Mungkin aku dapat buat kesimpulan kot dari sini. Seseorang itu akan hilang ketaksubannya pada satu2 benda apabila benda tu mendatangkan fobia. Psikologi. Yeke? Agaknya. Aku pun rasa orang lain tahu tentang hal ni. Huhu... Tapi takpe. Aku pun saja2 jek nak tulis. Sebab aku rasa pelik dengan kawan aku yang tersangat suka makan buah epal tu. N, aku just terfikir jek pasal benda ni. Aku selalu perhatikan, banyak benda pelik yang selalu berlaku di sekeliling aku. Belajar melalui pemerhatian.

Tapi aku terlupa something. Orang Malaysia tak pernah jemu makan nasi. Dan aku jugak tak pernah jemu makan masakan mak aku. Hehehe...=p

Em, hari ni birthday sorang budak tu. 30 April 1987, tarikh keramat bagi dia. So, aku nak ucapkan Happy Birthday yang ke 22 kat dia. Moga dia mampu hadapi kehidupan mendatang yang penuh dengan cabaran. N, happy always. Tu jek. Aku malas nak bagi ucapan yang klise sangat ni.

Oh ye, ada orang tanya aku siapa nama Sudirman sewaktu dia kecik?? Pelik punya soalan. Aku manalah tau. Soalan perangkap ke apa ni??

Rabu, 29 April 2009

....


Selasa, 28 April 2009

Tension Oh Tension!!

Blur!!
Aku blur baca nota semiotik. Berpinar-pinar biji mata aku baca. Aku salin nota, tapi haih!! Ngantuk la pulak. Godaan betul. Pastu aku pun baring. Ingat nak tidur jap. Ngantuk, dah menguap-nguap, tapi tak boleh tidur. HAMPEH betul.

Bangun. Pergi buat air. Then, on laptop. Online jap. YM dengan member. Tanya perkembangan dorang. Ceh!! Macam ambik berat sangat. Sembang pasal exam. Tambah tension aku. Gelabah. Paper ni semua fakta. Macam mana aku nak goreng? Paper bahasa memanglah fakta. Kalau isi fakta, tapi huraian bukan fakta, aku ok lah. Memang terer bab tu. Mengautakan fakta...=p

Ingat lagi paper first hari tu. Paper Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Aku dok menghafal sistem ejaan. Semua fakta. Tapi time exam aku jawap pasal faktor peminjaman bahasa. Sebabnya, isi jek fakta, tapi huraian aku goreng. Lagipun, belajar sejarah sejak tingkatan satu sampai tingkatan enam. Sedap jek aku goreng. Actually, aku BENCI sejarah. Huhu...

Tak dapat aku bayangkan. Kalau paper semiotik aku buat gitu?? Mungkin aku akan jadi ahli semiotik yang baru. Pelopor semiotik Malaysia. Wahh!! Mungkin aku akan dikenali selepas itu. Menggantikan Umar Junus, pelopor semiotik Malaysia. Kat Malaysia, tak ramai ahli semiotik. N, aku akan jadi salah sorangnya. Hahaha... Alia Luffy. Pakar semiotik setelah 10 tahun mengkaji.

Kembali ke tahun 2009. Kalau paper semiotik aku buat macam paper sejarah, gamaknya sebelum aku aku jawab, aku dah keluar dewan exam. Kalau aku buat camtu, maksudnya hancur musnah harapan aku nak jadi ahli semiotik. Cis!! Angan yang terlampau tinggi. Huhuhu...

Okey, sejam dua online. Aku dah bosan. Sambung study. Hafal fakta n konsep. Moga aku boleh jawab paper ni Rabu nanti. Lepas study sikit, aku nak tidur. Malam ni nak tidur awal sikit. Kalau la aku boleh tidur. Kalau tak boleh tidur, jadi musang la aku untuk beberapa hari ni. Uwaaa... Satu lagi punca ketensionan aku. Huh!! Tak boleh tidur. Siapa ada petua untuk tidur on time?? =(

Ahad, 26 April 2009

Hari Ahad

Aku suka hari ni. Hari Ahad. Ada banyak sebab. Hanya sebab2 yang umum.
Tapi hari ni aku sangat suka hari Ahad.

Sebabnya?
Hari ni cuaca tak terik sangat macam semalam n hari yang lepas2 tu. Hakhak...=p
Ada jugak manusia macam aku ni. Ada. Akulah orangnya. Hehehe...

Bukan tak tahan panas. Aku biasa jek. Tapi cuaca terik buat aku sakit kepala, rimas, n tak boleh tidur. Semua benda nak buat pun rasa tak selesa.

Kenapalah Kolej Kediaman aku ni tak pasang air-cond kat setiap bilik ek? Harap jek bayar yuran mahal. Huhu... Kalo dia buat gitu, aku la manusia paling happy.
Cis!! Demand sungguh aku. Sekali-sekala apa salahnya.
Lalalalala...

Selasa, 21 April 2009

All About Money!!

Money can buy house but not home
Money can buy bed but not sleep
Money can buy clock but not time
Money can buy book but not knowledge
Money can buy food but not appetite
Money can buy position but not respect
Money can buy blood but not life
Money can buy medicine but not health
Money can buy insurance but not safety

You see, money is NOTHING.......
Buy the way, learn to love your money and don’t waste it

Isnin, 20 April 2009

Be who you are

Be who you are and say what you feel because those who mind don’t matter and those who matter don’t mind!!!

Erm... maksudnya??

Mood study

Cuti study week, balik kampung. Bestnya balik umah. Relax2, lepak2 kat rumah. Tengok tv. Main mesej. Dengar radio. Masak. Kemas umah. Tapi paling best main dengan Jiheen la. Cute betul budak tu. Layan jek keletah budak yang tengah nak membesar tu. Rutin harian yang sama selama seminggu.

Balik kampung time study week.
Tujuan balik? Study week, of course lah kena study, kan? Tapi time bila aku study? Emm, jujurnya, mood exam belum datang pada aku. Mood study pun tak muncul2 lagi. Aku bermalas2an di rumah. Selak2 nota sikit jek. Huhu… sebab tu aku datang awal ke sini. Dengan satu tujuan.

STUDY!!

Tapi aku tunggu mood tu datang dulu. Bila? Aku pun tak tau…

Nampaknya kena push diri aku ni. Kalau tak paksa, esok nak exam, baru hari ni study. Manalah nak jadi pelajar cemerlang camtu. Kan, kan, kan? Aku memang camni. Hehehe... Sebab tu tak pernah dekan. Tapi sem ni aku berazam. PNG kalau boleh nak 3.5 ke atas. InsyaAllah.

Jumaat, 10 April 2009

Senyap... sunyi... sepi...

Toleh kiri. Senyap.
Toleh kanan. Pun senyap.
Pergi toilet. Sunyi jek.
Pergi basuh baju. Takde orang.
Warrggghhh!! Mana semua orang pergi ni??

Floor aku da sunyi sepi. Semua da balik kg. Tinggal mereka2 yang skema jek yang tinggal. Eh, aku tak termasuk dalam golongan skema okey. Cuma tadi aku ada kelas sampai lewat petang. Kelas last tuk sem ni. Aku ditinggalkan keseorangan di sini. Rumet aku awal2 lagi da balik kg. Kawan aku plak, kata jek nak balik esok. Tapi last minit ubah fikiran. Balik la dia hari ni. Haii... Aku jek belum balik. Takpe, sok aku balik la. Rumahku syurgaku. Sape nak ikut aku balik kg?? Hehehe...

Khamis, 9 April 2009

Menjaga Hati

Pagi-pagi lagi dah ada orang buat aku bengang. Nak jek aku basuh2 budak tu. Geram giler kat budak tu. Ingat aku ni tunggul ke nak kena tunggu dia berjam2?? Eh, tipu. Aku tunggu dia lebih kurang setengah jam jek. Tapi dekat sejam gak la aku tunggu dia. Aku sempat balik bilik n baring2 atas katil pun dia tak muncul2 lagik. Iron tudung pun berjam. Aku pun terlewat gak bangun pagi ni, tapi setengah jam aku dah boleh siap. Dia ni pulak, mengalahkan mak datin. Memang patut pun kena tinggal ngan bas masa nak gi dinner hari tu. Dah tu, tau plak nak menyalahkan orang. Diri sendiri salah tak sedar. Susah dapat kawan camni. Dah lah aku tengah tension2. Time camni lagi la cepat darah aku nak naik. Nasib baik takde darah tinggi. Aku yang kurang penyabar dan panas baran. Plus tension, memang aku jadi cepat panas. Benda kecik pun nak aku nak marah. Jadinya, aku tak bertegur pun ngan budak tu. Lebih baik macam tu. Kalo tak, mesti aku sembur kaw2 punya. Kalo marah, lebih baik aku berdiam diri. Itu jalan terbaik.. kot. Lepas tu sejuk la sendiri. Pandang muka pun aku taknak. Terpandang tu adalah. Jahat ke aku? Ah, peduli apa aku. Asyik nak jaga hati orang jek. Penatlah. Hati aku sendiri tak terjaga. So, biarlah aku menjaga hati aku sendiri. Abis cerita. Lagipun, dia pun tak tegur aku. Dah tau salah, memang dia takkan berbunyi dengan aku. Buat bodoh jek? Saar jek lah. Oh ye, kawan aku mesej, cakap budak tu nangis. Kenapa? Aku tak cakap pape pun ngan dia. Terasa bersalah pulak. Susah betul nak paham orang ni. Penat. Lain orang, lain ragam. Sori lah kalo dia terasa. Mood aku memang tak baik hari ni. Sebab dia jugak la, bukan orang lain punya pasal. Sendiri mau ingatlah.

Release..... tension..

Fuhh!! Aku tak tau nape. Mungkin tensen tahap gaban kot. Atau aku memang nak menangis. Tiba2 jek aku nangis tadi time wat assignment. Huhu… Tengah wat assignment sambil bincang2 dalam ym ngan kawan aku, tiba2 jek aku macam sentap baca ayat dia. Terasa walaupun dia just bergurau. Ah, aku terlampau sensitive. Aku tak salahkan dia. Mungkin jugak aku ada simpan something dlm hati kot. Aku pun tak paham nape aku nangis. Yang penting bila dah nangis tu, lega sikit. Cara untuk release tension bagi aku, but kdg2 jek. Tahun satu dulu jek aku pernah nangis sebab assignment. Sejarah berulang kembali. Pressure sangat kot. Time tu mula lah teringat kat seseorang….orang yang tak ingat kat aku. Sibuk sangat dengan dunianya jek. Assignment aku setel satu lagi. Tinggal lagi satu assignment jek by individu. Bersedia untuk berjaga esok. Sekarang ni aku nak tidur dulu. Kumpul tenaga. Tadaaaaaa….

Rabu, 8 April 2009

Assignment... & Tidur..

Aku mengantuk tapi aku tak boleh tidur. Bukan sebab insomnia, tapi sengaja tak nak tidur. Aku nak siapkan assignment aku yang masih tak siap2 lagi ni. Tinggal dua hari jek sebelum semester ini berakhir. Huhuhu... Padan muka aku. Eh, tapi bukan silap aku jek. Salah aku tu sikit lah, tapi salah orang lain pun menyumbang jugak. Lagipun, masing2 kan ada kerja masing2. 1 assignment nak kena hantar esok. Kalau tak hantar esok, alamatnya memang tak boleh nak hantar lagi lah pasni. Lecturer tu lecturer dari luar n just ada ari Khamis jek.

2 lagi assignment pulak hantar hari Jumaat ler. Tak siap lagi nak hantar awal2 ni. Tapi yang satu tu, part aku dah siap punya. Just nak combine tu masalah lah pulak. Adussss!! Sengaja carik pasal. Sape yang carik pasal?? Bukan carik pasal, just sengal lebu jek. Nak buat semula pulak memang belum berkesempatan. Lagipun kerja group, takkan nak buat sorang2. nama jek 6 orang ahli, tapi yang buat kerja 3 orang jek. 3 orang lagi buat apa?? Jadi penonton jek. Hampeh btol. Kenapa budak2 dari negeri belah2 sana nun tak boleh diharap?? Burrrr!!

Lagi satu assignment, assignment pengurusan. Sampai ke hari ni aku masih blur lagi kehendak soalan tu. Semua orang aku dah tanya n aku dah dapat jawapannya, tapi aku still tak tau nak buat camne. Lampi sungguh!! Tapi takpe, esok gerenti siap assingment aku tu. Bukankah kerja last minit tu berkualiti?? Hehehe... Saja jek nak nyedapkan hati.

Pasal mata aku ni pulak, kalo dah ngantuk, satu jek ubatnya. TIDUR!! Aku paling suka tidur. Hehehe... takde ubat yang boleh sekat mata aku ni kalo dah ngantuk. Even minum kopi kaw2 sampai 5 6 cawan pun, kalo aku dah mengantuk, janganlah disorongkan bantal. Gerenti tidur. Tapi, aku kena paksa jugak mata aku ni selama beberapa hari ni untuk kurangkan sikit tidur. Kena paksa jugak mata untuk berjaga. Nafsu tidur aku ni bukan boleh dilayan sangat. Balik kampung nanti, siaplah aku balas dendam. Huhu..

Aku tidur pukul 4 pagi tadi n terpaksa bangun pukul 7 pagi. Aku rasa nak dush2 jek kawan aku tu. Sibuk kejutkan aku pagi2. Kalo bukan kerana pagi ni aku ada kerja, takdenya aku nak bangun. Pagi2 angin aku dah tak baik arini. Sebab apa?? Tidur aku terganggu, tak cukup tidur. Buat animasi punya pasal lah ni. Last2 tak siap jugak sebab tak tau nak combine. Adoyaii. Merugikan masa tidur aku jek. Semua2 ni gara2 Pameran Seni I 2009.

Okey, sekarang ni aku nak sambung buat assignment. Dah siap kang, aku tidurlah. Selagi tak siap, jangan berani2 nak tidur. Kang tak siap pulak. Oh ye, aku akan pastikan hasil kerja aku ni berkualiti. Hehehe...

Selasa, 7 April 2009

Homestay Batang Nyamor

Aku baru balik dari Homestay Batang Nyamor, Rembau. First time join homestay n apa yang boleh aku katakan satu jek. BEST!! 2 jek. Berbaloi jugak la pergi ke sana. First time rasai kehidupan n tinggal kat negeri Sembilan. Selama just lalu jek N.9 2. Kalau boleh macam tak nak balik kL jek semalam. Kampung tu nyaman sungguh kalau nak dibandingkan ngn kL ni walaupun banyak kerbau kat sana.

Kitorang datang sana untuk Pesta Adat Homestay. Ramai jugak peserta selain dari kitorang. Ada budak UKM, UUM, INTI University College, tourist guide pun ada. Peserta tu jugak ada yang dari Korea, Jepun, Cameroon, Fiji, n mana2 ntah. Macam2 aktiviti sepanjang tiga hari kat sana. Barulah aku faham adat dorang tu macam mana. Negeri ni boleh dikatakan masih kuat berpegang pada adat kalau nak dibandingkan dengan negeri2 lain kat Malaysia. Agaknya la kot. Dorang yang cakap camtu.

Tinggal dengan keluarga angkat. Mak angkat aku namanya Zaleha. Kitorang panggil dia wan aje. Aku n tiga lagi kwn2 jadi anak angkat wan. Tapi macam cucu jek. Aku ngan kawan2 seramai 4 org jadi anak angkat dia. Tapi kitorang just sempat bermesra time makan jek. Waktu yang lain kitorang sibuk dengan aktiviti yang telah dijadualkan. So, hanya waktu makan n tidur jek kitorang kat rumah.

Satu jek yg aku tak puas hati sepanjang kat sana. Bukan aku sorang, tapi rasanya kawan2 aku pun ramai gak yg tak puas hati kot. Aku pun tak tau nape diskriminasi berlaku walaupun kitorang bukan berkulit hitam. Maybe sebab dorang dari U yg satu tu anak negeri kot. Maybe sbb tu dpt lynan spesel. N, maybe gak dorang datang dengan satu tujuan yg kitorang tak tau. Mungkin untuk kajian dorang kot. Ah, whatever la. Aku pun tak kisah sangat hal ni.

But, overall is okey. Kalau ada masa, aku akan datang semula ke sini. Gunung Datuk belum ku tawan lagi. Hehehe. Satu pengalaman pertama buat aku. Sangat berharga. Aku just jadi diri aku jek. N kawan2 aku pun buat hal2 sendiri jek. Tapi banyak perkara yang aku belajar kat sini. Yang pentingnya, seronok n enjoy sepanjang kat sini. Walaupun tak jauh perjalanan, tapi luas pemandangan.

Rabu, 1 April 2009

Aku insan tak berbudi??

Tadi, masa jalan balik ke kolej dari APM, aku n member aku ni nak tau sangat apa yg komando adu kat Ayu. Komando tu ahli group dokumentasi ngan kitorang. Tapi dia tak buat kerja. Siapa tak sakit hati?? Kalau tak reti tu, awal2 la cakap tak reti. Tak lah kitorang berharap sangat yang dia akan bagi komitmen.

Chopp!! Bukan tu aku nak cakap. Aku nak citer pasal kdgn sms dia tok Ayu tu. Msg dia yg last wat aku tersentap. Aku bukan orang yg mudah sentap. Tapi, cis budak ni. Ayatnya berbunyi gini la lbh kurang:

’berbeza betul budi bahasa ko dgn org tu ye? Kadangkala kita tgk org tu senyum, tp kita tak tau apa yg tsirat di hatinya.’

Dia tak mksdkn aku sbnrnya, but at the same time dia xtau pun sbnrnya yg reply msg die tu mmg aku. So, mmg tkena kt btg hidung aku la kan. Aku insan tak berbudi bahasa?? Betul ke?? Mungkin sbb sms yg aku reply mlalui nset member aku tu melampau kot. Tapi aku bukan stret 2 d point. Aku cakap ayat tersirat. Sebab aku takut dia terasa. Tapi boleh pulak dia kata aku tak berbudi bahasa kan. Melampau la. Lagipun, salah dia jugak. Sape suh tak bagi komitmen. Ni yang buat aku makin prejudis terhadap lelaki ni.

Takpe, abaikan jek kfc yg kitorang mintak tu. Walhal kitorang just mntk kfc jek, bkn suruh dia beli francais kfc tu tok kitotang. Lupa. Kfc diboikot, tp aku x boikot sbb aku suka mkn. Hehehe. Tak sangka lelaki ni cepat terasa gak. Tengok jek cam ganas, tapi sikit2 nak ngadu. Hisy, nyampah!! Tapi, ayat tu ttp aku ingat. Nak jugak aku menilai diri aku ni. Betul ke aku tak berbudi bahasa. Maybe kot. Aku jenis yg selamba, n disebabkan itu kawan aku selalu kata aku poyo. Lantak kau la.
Kesimpulannya, aku dpt satu pengajaran dari sini.

Rupa tak mencerminkan sifat dalaman seseorang...

Selasa, 31 Mac 2009

Thanx Sis!!

Akhirnya, setelah bertungkus-lumus beberapa hari, kerja dokumentasi da setel. Aku nak ucapkan thanx kat kawan aku merangkap director untuk projek video kirorang ni. Kenapa?? Sebab, kalau bukan disebabkan dia, tak mungkin kerja tu siap awal sikit berbanding group2 lain yang sedang bertungkus-lumus sekarang ni. Tulah padahnya kalau wat kerja last minit. Esok dah nak hantar, masih sibuk edit itu, edit ini. Kesian dorang. Dah lah esok test, ntah sempat baca ntah tak.
Smbg balik cerita. Memang susah nak buat video ni. Lepas satu, satu lagi masalah datang. Voice over pulak terpaksa rakam berulang-ulang kali. Walaupun dah siap video tu, n terdapat sedikit kelemahan, tapi aku gembira n bersyukur sangat2. Kawan aku ni memang superb. Tugas dia buat video. Guna ulead jek. Penyabar giler dia ni. Kalau aku agaknya dah give up. Aku tak sepenyabar kawan aku ni. Nasib baik dia seorang yang komited n agak skematik sikit. Heheh... kalau nak harapkan si komando, memang tak siaplah projek kitorang ni. Aku sebenarnya tak tau nak buat apa pada dia sebagai tanda aku menghargai dia. Aku memang macam ni. So, buat tak tau jelah. Hehehe...

Err, Jumaat ni aku kena g homestay kat Rembau. Tapi aku macam tak nak pergi jek. Aku tak biasalah tidur2 umah orang ni. Bukan tak biasa, tapi tak suka. Nanti aku susah nak tidur. Lagipun, assigment aku tak siap lagi. Haih!! Berbelah bagi rasanya. Tapi aku dah bagi surat tu kat Mr Tutor minggu lepas n kalau tetiba aku tarik diri, mesti dia marah+kecewa. Takpelah, maybe lepas ni dia dah tak akan jadi tutor kitorang lagi. Sebab cuti belajar dia da abis. Huhu, sedihnya. So, takpelah. Aku pergi jek la. Aku taknak jadi macam budak2 tahun 3 yang dah mengecewakan dia. Aku kan budak dia. Lagipun, kesian dia. Sekurang-kurangnya, lepas ni aku ada pengalaman pergi homestay n ada keluarga angkat. Ceh, macam best sangat. Best lagi kalau aku balik umah sendiri. Rumahku syurgaku.

Sabtu, 28 Mac 2009

HAPPY BIRTHDAY

Hari ni hari Sabtu, 28 March 2009. Hari jadi adik aku yang bongsu. Dah 14 tahun dah rupanya adik aku tu. Macam tak caya jek. Dah besar rupanya. Nampaknya, usia aku pun semakin meningkat ni. Okey lah, aku nak wish birthday untuk dia kat sini walaupun dia tak baca. Happy birthday. Semoga apa yang diimpikannya akan tercapai n happy2 selalu. Aku tak tau nak ucap apa kat dia. Asyik2 bagi ucapan yang klise. Bosan. Tadi pagi aku dah wish kat dia. Ingat nak jadi orang 1st wish kat dia, tapi ralit sangat buat kerja sampai terlupa. Aku just ada 2 orang adik jek. Takde abang or akak. Sorang lelaki, n yang bongsu tu perempuan. Apa2 pun, moga2 usia yang bertambah ni menjadikan dia lebih matang sedikit n ubah perangai yang agak boyish tu. Nakal betul perangai dia tu. Hopefully la dia jadi perempuan sejati lepas ni. Err, dia bukan tak sejati tapi faham2 la. Ntah perangai sapa la dia ikot. Okey sis, aku sayang kau...

Rabu, 25 Mac 2009

Tension!!

Eeeee… Geramnya aku dengan kawan aku ni. Tau tak esok nak kena present??!! Kenapa lah korang boleh sambil lewa lagi. Slide tak siap lagi ni. Takkan nak tangguh lagi kot. Suka sangat tangguh2 kerja. Elok sangat la tu. Benda ni patutnya da setel minggu lepas tau tak?? Benda lain boleh bagi komitmen, takkan benda ni tak boleh pulka nak bagi komitmen. Senang2 nak pijak kepala aku eyh. Ingat aku ni tunggul?? Hish. Kalau dah janji tu, cubalah tepati. Paling tak suka orang macam ni. Asyik buat kerja last minit jek, nanti2 salahkan orang pulak. Huh!! Tension la kerja ngan org camni.

Selasa, 24 Mac 2009

Lagu jiwang. Apa kaitannya dengan aku?

Hari ni hari Selasa. Aku memang takde kelas hari Selasa, jadi tak la aku busy sangat. Tambah2 lagi, minggu ni aku takde kelas hari Jumaat sebab lecturer pergi ke Labuan. Memandangkan aku tak berapa nak busy, jadi aku pun siapkan la assignment individu yang aku tangguh2 dari awal sem dulu. Hehe… Tapi masalahnya, bila aku asyik buat assignment jek, kebosanan mula datang melanda. Aku yang memang cepat bosan kalo asyik wat benda yang sama jek mulalah godeh2 laptop aku ni. Jadi, untuk menghilangkan kebosanan yang teramat sangat ni, aku bukak foder my music aku tu. Bosan sebab aku asyik dengar lagu yang sama jek. Tiap2 satu folder aku bukak. Cari2 lagu yang best2. Tapi malangnya, semua tu lagu lama2 da. Lagu baru pulak aku dah salu sgt dengar. Boring seyh. Takpelah, lagu lama pun lama lah, janji best. Aku layan jek semua lagu2 yang best ni.

Tapi, ada something yang menarik perhatian aku. Dalam setiap folder yang menyimpan lagu2 aku tu, mesti terselit lagu2 jiwang. Erk. Sejak bila aku jadik jiwang ni?? Jangan salahkan aku kenapa aku menjadi jiwang tetiba. Sebelum aku sambung belajar kat sini dulu, aku tak layan pun lagu2 jiwang ni. Kalau kat rumah, aku salu bukak radio Era atau Hot fm jek. Mak aku punya taste pulak, metilah Sinar fm. Lagu2 mengantuk bagi aku. Tapi aku dengar jek la, takkan nak gaduh pulak dengan mak kan?? Tapi kat sini, aku teramat jarang mendengar radio kecuali aku balik rumah. Ish, rindunya kat umah. Huhu.

Masa sem 1, sorang kawan baik aku, si T, suka lagu2 lama. Masa tu aku baru2 jek kenal dia. Aku selalu jugak cakap kat dia, ko ni jiwang jgk ek. Dia kata best apa lagu lama2 berbanding lagu sekarang. Aku wat dek jek. Setiap orang kan berlainan citarasa. Masa tu aku belum ada laptop lagi, just mp4 jek yang aku ada. Selalu aku dengar lagu2 korea je sebab dia best. Rumet aku pulak masa tu baru2 putus cinta. Dia siap tulis lagi lirik lagu jiwang. Aku masih ingat lagi tajuknya. Mahligaimu Dari Air Mataku. Gitu la kot tajuknya. Dah dia buat gitu, aku diamkan jek la. Tapi dalam hati berkata jugak yang dia ni jiwang giler si Q ni. Maklumlah orang baru putus cinta. Tu lah, budak2 lagi dah pandai nak bercinta. Bagi aku pulak, lagu2 jiwang ni untuk orang yang putus cinta jek. N untuk orang yang bercintan cintun.

Masuk sem 2, rumet aku dah ada laptop. Aku pun sama. Masa tu dia masih macam dulu. Suka dengar lagu jiwang. Dan aku diperkenalkan dengan lagu2 jiwang bermula pada saat itu. Dah dia on lagu tu kuat2, takkan aku nak tutup telinga sepanjang masa kan?? Dari awal sem sampai akhir sem dia still dengan lagu jiwang dia tu. Padahal dia dah jumpa pengganti dan sedang berbahagia. Pelik2. Err, masa tu aku yang selalu dengar lagu dia tu, naik hafal dah lagu2 tu semua. Heheh... Makin lama aku dengar makin best la pulak lagu2 ni. Haih. Aku makin goyah dan mula terpengaruh dengan lagu jiwang. Terpengaruh dari si Q la ni. Kalau tak, tentu sekarang ni aku tak layan lagu2 camni. Akibatnya, sekarang ni pulak aku yang selalu layan lagu2 jiwang. Apa nak jadik ni?? Akukah itu?? Huhu...

So, kesimpulannya, adakah aku sedang putus cinta??

Isnin, 23 Mac 2009

Mana aku??


Aku saja je upload gambar ni. Gambar ni masa aku tahun 1 sem 2, lebih kurang setahun yang lepas. Kalau tengok pic ni, tentu boleh agak kan apa yang kitorang buat?? Yup, kitorang kena berniaga. Masa time aku tu, merupakan bacth yang pertama diperkenalkan dengan subjek ni. Asas Pembudayaan Keusahawanan atau APK. Group aku ada 25 orang ahli, dan ahli2 ni ditetapkan oleh fac aku. Semuanya perempuan kan?? Dalam gambar ni bukan semua ahli ada, dan ni merupakan hari kedua kitorang berniaga. Kitorang memang kena berniaga selama dua hari pun. Memang penat giler la time tu. Tapi aku sebenarnya tak buat pape pun, just merayap2 ke gerai lain jek, n curi2 balik kolej. Heheh... Nama group kitorang Pinky Girlz, n masa hari pertama tu, kitorang semua pakai baju yang sama. Warna pink. Huhu... Aku sangat tak suka warna pink. Tapi, time tu, kitorang kira terkenal jugaklah sebab time aku pergi ke satu gerai tu, dia boleh sebut nama group aku. Emm, bengang jek.

Sebenarnya, ada tujuan subjek ni diperkenalkan di U2 di Malaysia ni sebagai satu paper wajib U. Bukan sebarang subjek tu. Tujuannya bagus sebab ia macam memperkenalkan kita dengan dunia perniagaan. But, aku tak minat berniaga. Nasib baik kerja berkumpulan. Sekarang ni ramai graduan menganggur. Jadi, sahutlah seruan kerajaan. Jangan tanam anggur jek kat rumah. Jadilah usahawan! Kalau tak berjaya pun takpe, janji usaha. Bley ke gitu?? Huhu…

Aku letak pic ni sebenarnya bukan nak cakap pasal benda2 ni sume. Sebab aku takde idea nak tulis apa kat sini. Dalam takde idea tu, sempat jugak aku membebel ek?? Huhuhu... Okey. Sebenarnya, aku nak korang teka yang mana satu aku dalam pic ni?? Hehehe... siapa dapat teka dengan tepat, sesuatu menanti anda... Jeng3... Aku bagi hint sikit la. Aku pakai baju warna pink, bertudung putih. Kulit kuning langsat. Tak pakai spek. Paling kecik n paling comey. Hehe, perasan. Tekalah ye. Eh, jap3. Ada ke muka aku kat pic ni?? Hehehe... Rahsia!! Jeng3...

Ahad, 22 Mac 2009

Mungkinkah...

Bercakap soal kerjaya pada aku, aku belum bersedia untuk menempuh alam itu. Walaupun pada hakikatnya, aku kena bersedia dari sekarang, tapi aku masih belum terfikir pun tentang tu. Selalu orang bertanya pada aku, amek course apa kat U? N aku dengan jujurnya pun bagi la tau kat dorang. Pastu, satu hal yang aku tak suka adalah reaksi dorang lepas tu. ‘Oo, nanti keluar jadi cikgu la ye?’ Hah. Tu lah yang aku tak suka tu. Aku bukan budak pendidikan. Tapi kebanyakan orang masih kurang faham tentang peluang kerjaya yang boleh aku tempuhi lepas habis belajar nanti. Dorang fikir amek pengajian Melayu, keluar nanti jadi cikgu. Huhu... Ape da. Bukan la.

Aku tak suka jadi cikgu. Aku tak minat, n aku tak suka orang paksa aku buat benda yang memang sah2 aku kata tak nak n tak suka. Bila aku dah cakap tak nak tu, walau dipaksa camne pun aku akan kata tak nak. N kalau dipaksa, mulut aku akan mula keluar muncung. Err, maksudnya buat kerja tak ikhlaslah. Tapi, sebab sekarang ni ekonomi tak berapa nak baik, n susah nak dapat kerja, mak aku n makcik aku syorkan aku sambung pelajaran dalam bidang pendidikan. Mak. Time mak aku cakap tu, aku diam ajelah. Tak sampai hati aku nak membantah. Lagipun aku tau, mak ngan abah aku tu dah tentu la nak aku berjaya n dapat pekerjaan bila aku da abis belajar nanti. Aku pulak tak sampai hati nak hancurkan harapan dorang tu. N, bagi aku tu merupakan pilihan terakhir aku.

Aku sendiri rasa yang aku ni memang langsung tak sesuai jadi seorang guru. Walaupun guru itu adalah satu kerjaya yang mulia, tapi aku memang tak boleh. Ada banyak sebabnya. Antaranya, aku ni seorang yang tak suka mengajar orang lain. Kalau aku ajar, orang memang tak paham. Then, aku ni seorang yang kurang sifat penyabarnya. Kalau orang tak paham apa yang aku ajar, aku malas nak ulang 2 3 kali. Dah tu, kalau dah ulang 2 3 kali still tak paham2 jugak, aku jadi geram. Malas dah nak ajar orang tak paham bahasa camtu. Kalau geram tu, adalah yang jadi mangsa aku biasanya. Aku piat jek telinga budak yang aku ajar tu. Biasanya aku ajar adik akulah. Hehehe... Lagi, aku tak suka buat kerja yang sama. Maksudnya, pagi mengajar, balik rumah pulak kena sediakan p&p. Hari2 buat benda yang sama. Bosan jadi guru ni.

Last sekali, sebab fizikal aku. Aku ni kecik jek orangnya. Adik2 mak aku tu, merangkap pakcik2 n makcik2 aku kata aku ni tak boleh jadi guru. Terutama guru sekolah menengah. Nanti kena buli. N satu hal, bukan takat kena buli jek, tapi dorang kata nanti orang tak kenal mana satu guru, n mana satu muridnya. Hampeh jek. Tak supportive langsung. Hahaha... tapi bagi aku, aku tak kisah pun. Yang aku takut, nanti murid jatuh cinta ngan aku. Sebab aku comey sangat. Hahaha... perasan sungguh. Kalau aku cakap umur aku sekarang ni 15 tahun pun orang percaya. Aku bukanlah bantut. Aku tinggi jugak, tapi muka aku ni muka baby face. Kalau aku cakap umur aku 22 tak ramai yang percaya. Malah dikatakan aku ni tak matang pulak. Aduss. Payah2. Tapi aku belum masuk 22 tahun, still 21 lagi. Bulan 4 baru masuk 22. kalau orang tanya aku cakap jek 21 tahun. Kuikuikui...

Hah, cakap pasal kerja, cuti sem ni nanti aku kena buat praktikal. Aku dah hantar surat permohonan dan resume ke tempat2 yang berkaitan. Kalo nak diikutkan, ada 5 negeri termasuklah KL ni aku mohon. Johor, Melaka, Selangor, KL, n Kelantan. Aku hantar resume n permohonan tu bukan sikit. Adalah dalam kiraan belas. Tapi masalahnya, satu tempat jek aku dapat. Tu pun aku hantar untuk round yang ke berapa ntah. Fikir2, payah jugak nak cari kerja sekarang ni. Aku ni baru nak buat praktikal, bukan kerja, da susah macam ni. Apatah lagi besok2 kalau aku nak kerja. Lagi susah agaknya. Akhirnya, aku dapat kat tempat aku jugak. Last choice. Batu Pahat. Kat Pejabat Belia. Langsung takde kaitan dengan kesenian. Huhuhu... mungkinkah satu hari nanti aku akan menjadi seorang guru?? Nantikan ajelah........

Sabtu, 21 Mac 2009

Satu hal yang nyata

Sejak akhir2 ni aku memang busy. Siang kelas, malam assignment. N, baru2 ni baru jek habis dinner fasa 1 & 2. Malam Anugerah Kinabalu dah berlalu, so ringanlah sikit beban. Hehe… Bukan aku yang terbeban, tapi kawan aku lah sebab dia tu setiausaha 2 MAK. Busy jek manjang lagi2 bila MAK semakin hampir. Aku yang buat assignment satu group dengan dia pun bertambah risau sebab assignment berlambak2 mintak disiapkan. Kebanyakkan assigment submit minggu 14 dan sekarang ni dah nak masuk minggu 12. Aduh. Tension giler aku macam ni. Nasib baik tak giler lagi. Minggu ni memang busy sebab dinner punya pasal n kelas pulak full sampai Jumaat sebab kelas ganti untuk minggu lepas. Tapi sekarang, kawan aku tu dah bebas dari projek tu. Setel pun akhirnya. Dan sekarang ni adalah masa untuk siapkan assignment yang berlambak tu.
Tapi bosan seyh. Terperap jek kat kolej ni. Kalau bukan kat kolej, kat APM la muka aku. Takde masa aku nak keluar pergi jalan2. Dah lah tension giler duk sini. Tu lah makanan aku tiap hujung sem duk kat sini. Tension3. nak fikir exam satu hal. Nak fikir assignment tu pulak satu hal. Dah tu, 3, 4, & 5 April aku kena pergi homestay kat N.9. Waaaa... Tak sabar rasanya. Akhirnya ada jugak tempat untuk aku lepaskan tension aku tu. Tapi, satu hal yang aku benci, 6 April tu kena tarikh untuk submit assignment pengurusan dan pentadbiran seni. Perghhh!! Dah lah satu habuk pun aku tak start lagi buat. Assignment individu pulak tu. Bukan tak nak mula, tapi tak tau nak mula dari mana. Dan aku tak paham pun kehendak soalan. Aku tanya semua kawan2 aku, tapi dorang tanya aku balik. Waaaaaaaa… Camne ni??? Huhuhu…
Tu baru satu hal. Satu hal lagi pulak, petang Jumaat tu, terpaksa la ponteng kelas animasi. Sayang woo ponteng kelas tu. Kelas tu best. Selain best, lecturer pulak sporting giler2. kelas tiga jam memang langsung tak terasa. Sebab aku memang suka aktiviti yang menggunakan kemahirang berkomputer. Hahaha… Aku paling tak suka kalau pergi ke kelas melanguk jek sepajang kuliah, n tak suka jugak kalau g kelas asyik menyalin dari start sampai akhir kelas. Huhuhu… Itu semua buat aku mengantuk, dan ubatnya adalah tidur. Wahaha… Biasanya aku tidur time kat dewan kuliah jek la. Kat kelas tutorial atau pun kuliah kat bilik seminar aku tak berani nak tidur. Hehe... Takut kantoi. Tu lah tabiat buruk aku. Nasib baik kawan2 aku takde yang perangai macam aku ni. Huhu...

Tadi, aku bukak blog member aku. Saja2 jek aku bukak. Memang aku salu bukak pun blog dia tu, just tak add dia jek. Tadi jugak, aku baru tau yang kawan aku si Ayu Toya tu buat blog. Emm... Sebenarnya sebelum aku bukak blog member aku tu, aku tak tau pun yang member2 kat sini ramai yang dah de blog. Tapi takpe. Blog aku masih lagi menjadi suatu rahsia. Aku takut jek nanti2 kang kantoi kat kawan aku. Ish, payah2. harap2 jek la dia tu tak rajin meng ’usya’ blog orang lain. Aku tak suka kalau kawan aku tau apa yang aku buat. Walaupun dia kawan baik aku. Sahabat aku. Even dia mak abah aku pun aku tak suka dia amik tau hal aku. Biarlah aku dengan dunia aku. So, biarlah rahsia.

Selasa, 17 Mac 2009

Apa Itu Cinta??

Saja jek aku nak letak pic ni. Sebab aku suka dengan kata2 n orang kat dalam gambar tu. Hehehe...

Isnin, 16 Mac 2009

Malam kebudayaan FAPM

Lama dah tak update blog ni. Rindu pulak rasa. Ceh…macam la sebelum2 ni rajin sangat post new entry kat sini. Hehe… Actually, aku busy sikit dengan FAPM baru2 ni. Walaupun aku bukan ajk, but aku datang gak beri sokongan, n lagi2 aku terlibat dalam acara malam penutup. Nyanyian akustik lagu kanak2. Huhu…jadi kanak2 jap.
Ini 1st time aku buat persembahan, 1st time kena mekap n dimekapkan. Ala, pendek kata, pengalaman pertama la terlibat dalam persembahan. Huhu… Malu giler aku. Nasib baik tak ramai sangat yang datang malam tu.

1st time kena mekap n dimekapkan. Aku malu2 gak, n ada rasa tak selesa. Yela, muka aku dah jadi macam opera. Hilang kecomelan aku sekejap. Ini semua hasil tangan dari Mr. Tutor n Kak D sebagai pembantu Mr. Tutor. Hehe... Pandai aku bagi nama gelaran kat dorang.

Kalo nak tau, kat kelas aku dengan kawan aku yang nama Ayu Toya ni memang selalu jadi wanted la. Kitorang berdua antara pelajar yang paling senyap. Tapi dalam diam aku selalu memberontak n membantah kata Mr. Tutor tu. Tapi semalam, time dia yang solekkan aku, aku jadik pelajar yang paling banyak karenah. Hahaha... Pelajar yang sebelum2 aku just menyerah je time kena solek tu, tapi bila time aku, aku paling banyak songeh. Ha, tu lah... Bak kata orang, air yang tenang tu jangan disangka tiada buaya. Err, gitu kot lebih kurang.

Last2 sekali, bila da selesai dia transformasikan muka aku, dia kata ‘nak aje saya sepak2 budak ni.’ Tapi dalam nada gurauan la. Hahaha... Memang dia membebel jek sepanjang dia solekkan aku tu. Lelaki beb. Aku pulak perempuan. Ish, mana selesa. N dia bukan lelaki lembut, but straight. Tu la, bila aku diam dia suruh aku bercakap, n bila aku bercakap, banyak karenah pulak. Kan dah.

Walaupun ni 1st time aku n kebanyakan kawan2 wat performance, tapi kitorang memang enjoy malam tu. Pengalaman yang bermakna la dalam hidup aku. N, sesi post mortem pun berjalan dengan lancar. Walaupun ada sedikit kekurangan, tapi yang penting, kami berpuas hati. Hubungan dengan kawan2 yang lain pun semakin rapat n hope lepas ni boleh jadi lebih rapat lagi. Diari hidupku pada 15 March 2009 tertutup dengan satu pengalaman baru yang bermakna.

Sabtu, 14 Mac 2009

Morning!!


Jumaat, 13 Mac 2009

All about life...

Ada orang pernah berkata bahawa hidup kita ni ibarat sebuah lukisan tanpa pemadam. Drawing without eraser. Lebih kurang la tu kot. Hehe…

Yup, bagi aku memang betul.

Kita tak boleh berpatah balik ke hari semalam. Bermaksud, bila kita sudah mencorakkan kehidupan kita di hari semalam, maka ianya akan terus kekal begitu.tiada pemadam yang boleh memadamnya.

Jadi, hargailah setiap hari yang kita ada. Jangan penuhi hari2 mendatang kita dengan kekesalan akibat perbuatan kita semalam.
Renung2kanlah...

Khamis, 12 Mac 2009

Ada aku kesah??!!!

Hari ni kelas macam biasa. Kalau nak ikutkan, aku ada dua pembentangan hari ni, tapi atas sebab-sebab tertentu, satu lagi tu kena bentang minggu depan. Alhamdulillah, selesai sudah satu pembentangan. Semiotik. Subjek ni memang susah bagi aku. So, bila nak bentang tu takut jugak kalau2 orang tak paham. Tapi dapat pulak pujian dari lecturer. Sungguh tak sangka. Dia kata kitorang punya isi pembentangan macam tahap master punya. N, dia gak cakap, kalau diberi peluang untuk buat master, nak tak buat kajian semiotik yang ni. Aku awal2 kata tak sanggup.

Tapi tu lah. Apa yang kita buat tu, tak semua orang suka. Dalam lecturer dok puji2 tu, ada satu suara sumbang. Aku masa tu tak perasan sebab aku lebih menumpukan apa yang lecturer cakap. Tapi kawan aku kata, dia dengar apa yang budak tu cakap. ‘Ke copy?’... tu lah ayat budak tu. Dengan nada suara yang agak menyakitkan telinga dan hati bagi sesiapa yang mendengar. Pergh!! Berasap. Aku pun tak paham lah dengan budak ni. Ada ke aku n kawan aku tu menyusahkan dia? Dia ingat tajuk tu senang ke macam tajuk yang dia dapat tu? Huh! Tau bercakap jek. Ingat aku bangga sangat ke dengan pujian lecturer tu. Aku sedar, aku buat tu bukan dari idea kitorang sendiri macam yang dia buat. Tapi tajuk kitorang ni adalah berkaitan dengan fakta. Mestilah merujuk pada buku.

Iklan berkaitan dengan seni pembujukan. Maka, ada jugak kaitan dengan retorik sebab retorik jugak menggunakan teori pembujukan. Sebab tu ada unsur retorik sikit. Tapi dia paham ke? Buku rujukan yang kitorang guna tu adalah dalam bahasa Indonesia. Nak translate satu hal. N nak paham tu pun satu hal. Tapi dia tak tau hal tu. Kitorang bukan ikut bulat2 macam dalam buku tu. Bukan plagiat pun. Kalo plagiat tu, lainlah. Tiru bulat2. Nak kena saman? Kitorang buat berdasarkan pemahaman kitorang lah. Bengong.

Dah tu, ntah macam mana, rupanya dia bentang lepas kitorang pulak tu. N dengan selambanya, sebelum dia bentang dia sempat lagi cakap, ‘yang ni bukan copy eyh, tapi hasil idea kitorang sendiri.’ Huh! Ada aku tanya?? Dalam hati aku, sempat jugak berkata, dia ni kenapa? Macam perli jek. Huh! Ada aku kesah?? Suka hati dia la. Agaknya dia tu spesies yang tak boleh tengok orang lebih pada dia kot. Lantak la. Ingatlah, kita hidup ni bukan tentang diri kita jek. Terimalah kelebihan dan kelemahan orang lain dengan hati yang terbuka. Huh!!...

Khamis, 5 Mac 2009

Smile!!


Bukti kekuatan jantungku =p

Dalam dua hari ni dah start dah latihan untuk tarian. Latihan start pukul 6.00 hingga 7.30 petang. Semalam belajar step2 tarian dia datang dan satu lagi tarian yang agak slow sikit, yang akan ditarikan dengan alunan lagu suriram. Penat, n pening. Akak tu ajar step laju jek. Macamlah kitorang sume ni penari professional. Yang peningnya, banyak step yang kena pusing2 badan. Aduhai, aku dahlah lemah dalam bab2 yang macam ni. Kepala aku ni mudah sangat sakit. Senoneng jek kepala aku. Balik latihan tarian, lepas solat n makan, aku terus tumbang atas katil tak tahan, ngantuk dan penat. Tadi petang pun sama. Hari ni lagilah penat sebab kelas aku full dari pagi ke petang. Nasib baik esok takde latihan. Agak2 dengan step yang berterabur, dan pening2 lalat, boleh ke aku perform malam 2?? Agak2 macam tak boleh, tapi kena dibolehkan jugak.
Tadi petang, sewaktu tutorial P&P Seni, ada sesi latihan untuk nyanyian. Biasalah, tutor yang ajar. Dia suruh enjoy. Untuk lagu tiga kupang, aku jadik burung. Dah nyanyi2 tu, kenalah bergerak sikit. Tutor tu pulak, suruh kitorang enjoy our self, jangan tensen2, n just enjoy. Jangan wat muka serius jek. Pastu, dia ajar suruh si ‘burung2’ untuk gerakkan badan macam yang dia buat. Ala2 pop yeh2 tu. Aku pun berpaling pada kawan aku, n kata malunya nak buat macam tu. Tiba2, bila aku paling semula ke depan, aku kena sergah dengan tutor. Terkejut giler aku. Bukan main2 punya terkejut, tapi memang serius terkejut. Damn serius. Muka aku pun berubah n aku terus lari ke belakang kawan aku tu. Mata aku dah berair, mungkin dah nak nangis kot.
Aku tak expect pun yang aku akan kena sergah. Maybe aku terkejut sangat sebab tutor aku tu, memang betul2 in front of me. Jarak antara kitorang maybe dalam dua tiga langkah kot. Satu kelas gelak n kata dia patut wat macam tu. Nasib baik budak2 tak sampai 29 orang + budak2 yang tak datang. Kurang sikit malunya. Actually, dia bukan marah pun, just tak bagi kitorang ni malu2 jek masa tu. Tapi aku kan, memang dah macam ni. Nasib baik dia minta maaf. N, dia pun kata, dia nampak memang aku terkejut giler masa tu. Nasib baik takde heart attack, kalau tak, gerenti kat wad aku malam ni. Hikhik...
Ada hikmahnya peristiwa ni sebenarnya. Selain akan menjadi satu pengalaman yang takkan aku lupakan, sekurang-kurangnya, aku tahu jugak kekuatan jantung aku ni. Rupanya jantung aku ni kuat dan sihat. Hehehe... Lepas aku kena sergah tu, aku teurs tukar posisi aku dengan kawan aku. Yelah, kang tak pasal2 kena sergah lagi kang, naya jek. Walaupun jantung aku telah terbukti kuat dan sihat, tapi kalau selalu terkejut macam tu, lama2 weak jugak jadinya. Huhuhu...
Tadi petang, time kelas kat API, untuk subjek EL, aku dapat mesej dari rumet kawan aku. Dia kata nak balik kampung besok pagi sebab mak kawan aku tu sakit. Sampai hati kawan aku tu tak bagi tau kat aku. N then, bila balik ke bilik, aku bukak pintu n nak masuk, tiba2 dia keluar dari bilik. Tapi tak pandang aku pun n terus blah macam tu jek. Sampai hati dia. Salah aku ke? Dah beberapa hari kitorang tak bercakap. Tapi sekurang2nya aku still senyum kalau terserempak dengan dia. Maybe masih salah aku. Samapi bila nak macam ni?? Entahlah, aku sendiri tak tahu. Aku ni still kawan lagi ke padanya?? Biarlah. Satu masa nanti dia akan sedar tu semua. Cuma harap, mudah2an masa tu belum terlewat lagi...

Selasa, 3 Mac 2009

Realiti di sebalik sebuah fantasi

Tadi kawan aku datang bilik aku. Dia tengok desktop background aku ni. Hasil gambar yang aku edit. Saja jek nak tunjuk hasil kerja aku kat dia. Tapi dia pulak boleh cakap kat aku, ‘hiduplah kau dengan fantasi kau tu’. Pedas jugak ayat dia ni, tapi aku tak sentap pun. Aku senyum jek. Dah biasa dah. Heheh... Aku kan manusia takde perasaan. Bak kata adik aku lah.
Bagi aku tak salah pun hidup dalam dunia fantasi, asalkan kita tau had kita sampai mana. Kadang2 bila berdepan dengan realiti jek, kita jadi penat. So, release kan otak anda dengan berfantasi. Heheh... Ala, aku just letakkan pic aku n Lee Dong Wook jek kat dlm wallpaper yang aku edit tu. Lainlah kalau aku letak pic aku dengan si dia tu. Kalau yang tu, memang namanya perasan tahap habis2an. Lee Dong Wook tu kan salah sorang artis Korea yang aku minat sangat. Sebab dia cute. Memang padan la dengan aku. Haha... Perasan sungguh aku ni. Tak salah pun aku letak pic dia dengan aku kan? Setakat sebagai fans dia jek, bukan aku nak sangat pun Lee Dong Wook 2.
Bagi aku kadang2 berfantasi boleh menjadikan kita rasa happy. Tapi fantasi tu kenalah berlimit. Jangan main taram jek. N janganlah pulak berfantasi yang bukan2. Yang tu agak bahaya sikitlah. Aku ni pulak, jenis yang kuat berangan. Heheh... Tu lah, lahir hujung bulan empat, kena la jugak tempias mereka yang lahir dalam bulan lima. Dikatakan orang yang lahir bulan lima ni kuat berangan, n aku pun termasuklah dalam kategori itu.
Kata Dr HM Tuah, tak salah kita berangan. Itu adalah permulaan kepada sebuah pencapaian cita2. Erk, apa ayat aku ni? Ni aku la yang cakap. Lebih kurang gitulah kot. Okeylah, pasal yang kawan aku cakap tu, sebenarnya, aku bukan nak tunjuk sangat pun muka aku dengan si pelakon tu. Tapi sebenarnya, aku nak tunjukkan jek salah satu hasil seni aku dalam mengedit gambar ni. Aku kenalah mempertajamkan skill yang ada untuk gunakan photoshop n illustrator. Kata tutor, kita kena rajin explore benda tu. Tu jek sebabnya. Lagipun, muka si pelakon tu jek yang hensem n menepati kriteria aku untuk diedit. Pic dia jek yang ada dalam simpanan aku ni. Takkan aku nak letak muka Pak Lah pulak kat situ, kan? Nanti lagi lah kau kata aku tak sedar diri. Huhu...
Lagipun, kalau letak muka Lee Dong Wook 2, sedap sikitlah mata aku memandang. Rajin sikit aku nak bukak laptop, n buat assignment. Heheh... Jangan kau jealous, kawanku...