BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 1 Mac 2009

Ku Tunggu Jandamu-Irwansyah

Pernah tak korang dengar lagu ni? Mesti pernah kan? Lagu ni yang nyanyi Irwansyah. Aku yakin, ramai yang pernah dengar lagu ni. N, mungkin lagu ni menjadi lagu kesukaan bagi ramai orang. Tapi bagi aku sebenarnya, lagu ni sungguh tak logik. Nak tau kenapa? Ku tunggu jandamu... Dengar tajuk jek dah boleh buat orang ketawa. Macam dah takde lagu lain jek nak dinyanyikan. Dalam hal ini, aku tak salahkan penyanyinya, tapi penulis lirik lagu ni. Macam dah kurang idea jek nak buat lagu. Lagu Indonesia memang ntah hape2 ntah. Ini mengikut pandangan aku lah kan. Pandangan peribadi aku. Aku pun minat jugak dengan lagu2 dari negara Indon ni, tapi lagu ni, aku rasa macam tak logik. Adakah penulis lirik lagu ni dah ketandusan idea? Ntahlah. Tapi itu adalah hak masing2 dalam mencipta lagu.
Sebenarnya, masa mula2 aku dengar lagu ni, ada jugak bermain kat fikiran aku tentang satu perkara yang tak logik jugak. Kalau Irwansyah boleh nyanyi lagu Ku Tunggu Jandamu, kenapa tak Acha nyanyi lagi Ku Tunggu Dudamu? Hahaha... Aku ni mengarut ajelah. Terlintas jek tiba2 kat fikiran aku sebagai satu bahan lawak. Heheh... Sebenarnya aku tak berani sangat nak tulis benda2 macam ni. Yelah, mana lah tau kan, nanti tak pasal2 aku kena serang dengan kipas susah mati Irwansyah ke. Tak ke naya tu. Ataupun lebih teruk, aku kena saman dengan penulis lirik lagu ni atas sebab kenyataan aku ni. Huhu... Memang carik nahas lah aku ni. Tapi, ni pandangan peribadi aku jelah. Aku tau, bukan senang nak menulis lirik ni. Mencari sebuah keunikan tanpa plagiat.
Kadang2, aku tengok kebanyakkan komposer ni, macam dah ketandusan idea nak buat lagu. Nak tulis lirik yang berhemah, penuh puitis. Aku suka dengar lagu kumpulan Dewa. Lirikya penuh dengan puitis. Aku memang salute habislah dengan lirik2 ciptaan dorang walaupun kadang2 aku langsung tak paham maksudnya. Huhu... Em, tu jek lah yang aku nak cakap sebenarnya. Tiba2 jek dia datang. Tu jek. Heheh...

1 ulasan:

cuit berkata...

He he...mcm dh tau plak sapa jalan dulu... hik hik