BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 3 Mac 2009

Cabaran untuk FAPM

Haila… Aku kena jadi penari untuk Festival APM. Macam tak percaya jek. Aku ni bukan reti menari pun. Badan aku ni dah la kayu + besi. Langsung tak lentik kalau menari. Kaku jek. Dan lagi satu, aku ni mana la biasa nak buat persembahan depan orang ramai. Kena pergi depan kelas jek aku dah ketar lutut. Buat pembentangan pun senantiasa hancus. Mana tak nya, kalau time pembentangan just baca jek slide tu sambil pandang pc. Tak pc pun, aku pandang jek kertas or papan putih tu. Mana nak pandang muka orang. Huhu… Aku kan pemalu tahap terlampau. Perempuan Melayu terakhir la katakan. Hahaha... Perasan sungguh aku ni.
Emm, masalahnya, yang aku tak ready lagi ni, festival tu tinggal lagi 2 minggu jek. Wah!! Latihan tarian pun baru jek nak start minggu ni. Nyanyian pun sama gak. Emm, nasib2... Tapi aku tak peduli. Aku nak balik kampung hujung minggu ni. Rasa2nya ramai jugak yang nak balik kampung. Isnin kan cuti. Sem ni memang agak mencabar la jugak bagi aku. Banyak benda baru aku kena buat. Sem pulak merupakan sem pendek or short sem. So, agak terkejar2 la jugak. Huh!!
Aku orang yang kuat. So, mesti aku boleh hadapi benda ni semua. Ni kan salah satu cabaran dalam kehidupan seorang insan yang bergelar pelajar. Kehidupan tanpa cabaran takde manisnya. Cabaran ni akan menjadikan kita menimba satu pengalaman baru. Pengalaman pulak akan mematangkan diri seseorang, terutama bagi budak yang kureng matang macam aku ni lah. Hehe. So, Silence, u must get ready tuk menghadapi cabaran ni n cabaran2 yang seterusnya. Yeahh!! Try to face it. I know i can...

1 ulasan:

K-chan [Ashura] berkata...

Oit, semoga kau tak kaku lah menari kat sana nanti, ok? Good luck! ;)