BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 28 Februari 2009

Hati yang terluka

Aku tak sangka, kau boleh buat aku macam ni. Pagi ni, aku bangun n tengok kasut kau n rumet kau dah takde. Sampai hati kau tak bagitau aku. Kau selalu buat aku macam ni. Kalau kau bagitau pun, bukan aku nak ikut sangat. Tapi sekurang2nya, bagitau lah aku. Ye, mungkin aku bangun lewat. Pada anggapan kau macam tu. Tapi kau tau tak, aku tak boleh nak tidur semalam?? Tak, kau tak tau dan tak perlu tau. Hampir pukul 4 pagi baru aku boleh tidur, tapi itu pun tak lena sangat. Dah lah. Yang aku pelik, kau pergi ke mana2 tak boleh ke bagitau aku?? Sekurang2nya, bagi la mesej. N, yang peliknya bukan semalam kau da cancel ke nak keluar tu gara2 apa yang terjadi semalam?? Aku tak faham. Kau buat aku macam ni boleh pulak, tapi bila aku buat kat kau, kau mulalah nak terasa hati dengan aku.
Kau memang hebat. Sahabat yang paling hebat yang pernah aku ada. Aku tak pernah menangis sebab seorang yang bergelar sahabat. Selama ni, hanya dia yang boleh buat aku menangis. N akhirnya, air mata aku menitis jua. Pedih, sakit. Tapi takpelah. Mungkin memang aku yang bersalah sejak dari mulanya. Kalau dengan cara ni boleh buat kau gembira, n balas apa yang aku buat kat kau, mungkin ianya agak setimpal. Tapi sekurang2nya, aku masih lagi meninggalkan pesanan ringkas buat kau kalau aku nak pergi ke mana2.
Aku selalu fikir, betul ke aku ni kau anggap sebagai sahabat?? Atau, kau berkawan dengan aku hanya untuk kepentingan kau aje?? Banyak kali kau pergi ke mana2 berdua dengan rumet kau, tanpa aku. Walaupun aku terasa, tapi aku fikir, mungkin kau ada sebabnya. Tapi, kalau rumet kau tak dapat nak temankan kau, barulah kau cari aku. Maybe sebab aku ni jenis yang go on. Tapi bukan bermaksud aku ni boleh dipijak. Kini aku sedar, rupanya si akak lebih menghargai persahabatan berbanding kau. Aku tak akan cakap benda2 macam ni kat kau. Hanya kat sini jek aku dapat meluahkan isi hati aku secara bebas. Tanpa perlu kau tau, n mereka yang lain tau. Mungkin macam aku ni sorang yang kejam sebab sampai hati aku tulis benda macam ni pasal kau, tapi dari memendam, lebih baik aku menulis. Sekurang2nya aku rasa lega. Menulis merupakan suatu terapi bagi aku, sebab aku tak pandai meluahkan kata. Aku minta maaf, wahai sahabatku. Aku betul2 rasa bersalah. Sorry...

* Hadapi dengan senyuman. Semua yang terjadi, biar terjadi. Hadapi dengan tenang jiwa.
Semuanya, kan baik2 saja.

Jumaat, 27 Februari 2009

Duhai sahabatku...

Hari ni kau bermasam muka lagi dengan aku. Aku fikir, tengahari tadi, kau dah okey n dah lupakan apa yang terjadi semalam. Tapi aku silap. Rupanya kau masih terasa lagi dengan aku. Tapi apa salah aku? Apa silapnya aku? Aku just pergi ke kedai belakang untuk beli makanan jek. Aku dah mesej kau, n dah try misscall kau bila kau tak reply mesej aku. Semalam tu aku ngaku memang silap aku, sebab aku tak bawak phone pergi kedai. Tapi kali ini? Tapi semalam tu pun, aku dah ketuk pintu bilik kau, tapi takde respon dari kau. So, aku pergi jelah kedai untuk beli makanan. Dah aku lapar, takkan nak aku kebulur pulak kan. Tapi yang aku tak sangka, kau terasa dengan aku. Kau kata kau tak marah kat tapi kau senyum dengan suatu paksaan. Tu ke tandanya kau tak marah kat aku? Ye, aku tau kau memang tak marah kat aku, tapi aku tau kau terasa hati dengan aku. Aku kenal kau bukan sehari dua, tapi dah hampir dua tahun. Aku kenal masak semua perangai kawan2 aku terutamanya kau.
Selama kita berkawan, aku selalu cuba untuk jaga hati kawan2 aku. Rupanya itu masih tak mencukupi bagi kau. Aku pun tak faham, sebenarnya apa yang kau nak dari aku? Cubalah kau bagitau aku. Cuma, yelah kitakan manusia biasa. Aku selalu memang bad mood kalau bangun tidur, tapi selalunya aku cepat sedar. N, kau pun faham yang itu. Kadangkala, aku pun terasa hati dengan kau jugak, tapi aku jarang buat muka. Biasanya aku buat biasa jek. Bukan apa, aku kalau boleh tak nak kau tau yang aku ni terasa dengan kau. Tapi kita berdua memang berbeza. Aku pernah tanya, kau pernah ke terasa dengan aku? N, jawapan kau mestilah pernah. Aku senyum jek sebab aku tau kau selalu terasa dengan aku. Kau pun pernah jugak tanya aku soalan yang sama, tapi jawapan kita berbeza. Aku jawab setakat ni tak pernah lagi, walhal aku selalu jugak terasa dengan kau.
Aku ingat lagi, kau merancang nak pergi mid dengan rumet kau. Aku tak tau pun pasal tu. Tu pun aku tau dari mulut rumet kau. Dah lah rancang nak pergi time aku ada kelas, dah tu boleh pulak selamba jek bincang berdua dengan rumet kau macam aku ni tak wujud kat situ. Tapi aku diam aje. Rumet kau masa tu, ada jugak cakap macam mana dengan aku? Tapi kau buat selamba jek. Aku tak kisah pun. Yang penting hasrat kau tercapai.
Aku selalu nak tengok kawan2 aku happy senantiasa. Aku tak suka kawan aku sedih, sebab aku pun akan terasa pedihnya. Kalau boleh, biar aku jek yang selalu rasa sakit. Takpe, aku dah biasa dengan semua tu. Tapi aku pun ada perasaan jugak. Bukan kau seorang jek yang ada perasaan. Aku sebenarnya rasa bersalah jugak bila kau terasa dengan aku. Tapi tulah, aku bukannya sorang insan yang pandai memujuk. Nak meluahkan rasa maaf tu, aku memang jarang sekali. Bukan sebab ego, tapi aku memang jenis yang tak reti nak meluahkan melalui kata2. kau pun tau pasal tu kan. Aku tau la kau sensitif orangnya. Tapi bukan kau sorang. Aku pun sama, tapi biasanya aku abaikan jek. Sebab aku jenis yang tak kisah.
Sebenarnya, aku ngaku aku tak boleh hidup tanpa kawan, tapi sedikit sebanyak, aku belajar untuk berdikari. Untuk hidup sendiri. Sebab tu aku duduk floor ni. Aku tak tau nak duduk mana lagi. Tapi sebenarnya, aku nak duduk kat sini ada banyak sebab. Selain melarikan diri, aku cuba untuk jaga kau. Sekurang-kurangnya, bila aku ada kat sini, kau ada kawan. Senang untuk kau luahkan apa yang patut. Aku cuba untuk melindungi kau tanpa kau ketahui. Walaupun kau selalu panggil aku ’adik’, ’budak kecik’, n kononnya kau sebagai kakak yang menjaga aku, tapi dalam diam, aku cuba melindungi kau. Mungkin kau tak sedar. Secara mata kasarnya, memang kau yang selalu jaga aku. Sebab aku lebih kecik dari kau. N kau jugak lebih matured dari aku walaupun dalam kalangan kita berempat, aku yang lahir dulu. Kecuali lah si akak sebab dia lahir awal setahun pada kita semua.
Fuh!! Lega beb. Takpelah. Kau buatlah apa yang kau nak. Janji kau bahagia. Aku akan terus selalu melindungi kau walaupun hakikatnya kau tak nampak. Aku rasa bahagia bila aku tengok kawan2 aku bahagia. Itu hakikat sebuah kebenaran.

Peristiwa seram di subuh hari.

Pagi tadi, aku bangun macam biasa. Aku set alarm pukul 6.10 am, tapi aku bangun pukul 6.25 am. Biasalah tu. Sebab tu aku selalu setkan alarm aku awal dari tempoh yang aku nak bangun. Kalau aku setkan alarm ikut time yang aku nak bangun, gerenti aku bangun lebih lewat lagi, n selalulah agaknya aku terlewat pergi kelas kalau macam tu. Hehe…
Okeylah, kira standardlah tu kan time aku bangun tidur untuk solat subuh sebelum aku sambung tidur balik. Hehe… Aku kan kuat tidur, so biasanya lepas subuh aku memang sambung tidur lagi. Lagi2, hari kelas takde sebab lecturer ada hal. Jarang dapat peluang macam ni. Dah bangun tu, aku teruslah bangkit dari katil. Tapi pagi ni memang pelik sikit la. Jarang2 berlaku macam ni. Biasanya kalau aku bangun tidur time camni, roomate aku yang foreign ni pun, mesti akan ikut terbangun jugak. Tapi pagi ni tak pulak. Pastu, aku bukak pintu bilik pulak, sunyi sepi jek floor aku tu. Aku pun rasa macam waswas je nak pergi toilet. Yelah, biasanya kalau aku pergi toilet, mesti dah ada dalam lima enam orang kat situ. Tapi pagi ini aku sorang jek. Pastu, aku pun beranikan jelah diri aku ni.
Lepas tu aku cabut la balik bilik lepas buat apa yang patut kan. Aku macam biasa, bukak tingkap n selak langsir sikit, bagi angin masuk pagi2 ni. Pastu, aku pun solat. Tapi aku tak khusyuk pun. Ntah kenapa la dengan aku pagi ni, aku pun tak tau la. Tetiba jek, nak solat, boleh pulak teringat satu cerita dulu2. Pasal kakak kawan aku punya kawan ternampak pocong kat luar surau. Huhu, surau tu beb. Tempat dia belajar tu kat mana ntah, aku tak ingat. Automatik aku jadi seram sejuk n aku terus langsir yang aku selak tu, aku betulkan semula sampai tak nampak suasana luar langsung. Dah tu, tengah solat tu pulak, tiba2 teringat kisah yang kawan aku cerita pulak. Cerita pasal langsuir la. Pulak dah. Tengah solat tu, memang tak khusyuk langsung. Seram sejuk je aku rasa. Macam2 bermain kat fikiran aku ni. Macam la betul2 ada pocong kat luar tingkap, n langsuir yang menunggu kat luar bilik or atas katil aku tu. Huhu... Pastu, aku pun terfikir, sebab tu lah kot pagi ni aku rasa lain macam jek dengan floor aku ni. Yelah, aku ni boleh dikatakan agak berani jugak lah. Pukul 3 pagi tu masih selamba jek aku pergi toilet sorang2. Tapi ntahlah, pagi ni aku rasakan keberanian aku tu dah hilang. Selesai doa, aku terus baca ayat kursi banyak2 n terus baring atas katil. Yang aku pelik, kenapa lah tiba2 aku rasa macam ni ek? Tak pernah2 aku rasa seram macam ni. Even toilet gelap akibat lampu terbakar pun, aku still berani pergi sorang2, tapi pagi ni, semangat aku macam goyah jek. Bukan nak kata aku ni berani sangat2 lah, tapi kira boleh lah jugak. Aku pun bukanlah seorang yang berani sangat. Kadang2 aku ni takut jugak, tapi selalunya aku buat tak tau je n biasanya aku bacalah apa2 yang patut. Tapi dalam solat, aku boleh takut dengan hantu??? Patutnya aku takut dengan Tuhan. Astaghfirullahal’azim...

Kisah ni tak seram pun sebenarnya, tapi saja jek nak buat gimik macam aku jumpa hantu betul2. Hehe... Tapi aku just nak berkongsi apa yang aku rasa n apa yang salahnya tentang aku di pagi2 hari ni. Takut dengan hantu?? Salahkan?? Tapi perasaan takut tu, memang ada dalam setiap diri manusia. Tak bolah nak elak, tapi seeloknya, kita hanya perlu berserah hanya pada-NYA...

Moral of this story, janganlah jadi macam aku. Kita sebagai hamba-NYA kena patuh dan takut hanya pada-NYA, bukan makhluk lain. Aku yang khilaf ini...

Isnin, 23 Februari 2009

My Creation

Hype!! Lama dah aku tak menulis kat sini ek. Bukan apa, tapi busy sikit. Tapi setakat ni, satu projek kolej yang aku join dah habis dah hari Sabtu tu. So, legalah sikit kan...
Tapi aku bukan nak cerita pasal projek kolej yang tak berapa nak dapat sambutan tu. Tak tau la apa yang kurangnya, tapi mungkin sebab publisiti kurang kot.

Okey, kali ni aku nak post satu sajak kot. Bukan sajak, tapi puisi. Tapi bukan jugak puisi. Huhuhu, tak tau nak panggil apa, tapi benda ni hasil nukilan aku sendiri tau. Bacalah ye...

Aku selalu jadi insan setia padanya,
Tapi lihatlah,
Apa jadi padaku...
Aku selalu kasih padanya,
Tapi lihatlah,
Apa balasan yang kuterima...
Aku selalu melayannya,
Tapi lihatlah,
Apa nasib yang aku terima...
Aku selalu sayang padanya,
Tapi adakah dia juga sayang padaku?
Ntahlah, hanya Tuhan yang tahu hal yang sebenarnya...
Aku selalu rindu padanya,
Tapi apakah dia juga rindu padaku?
Hanya dia yang merasainya...
Aku selalu mengingatinya,
Namun adakah dia juga begitu?
Apakah kesudahan kisah kami ini?
Adakah sebuah mahligai bahagia...?
Atau,
Adakah sebuah istana yang retak...?
Hanya jodoh yang menentukan segalanya...
Moga aku & dirinya,
Ada jodoh yang menanti...
Ameen!!

Hehe, camne? Okey tak? Sebenarnya aku ngaku lah, aku ni bukan ada bakat pun dalam menulis, tapi sebenarnya benda ni aku tulis time aku terluka dulu. Lebih pada luahan hati lah. Kelakar jek rasanya bila aku baca benda ni berulang-ulang kali. Tapi sumpah, benda-benda camni, aku tak pernah pun bagi kawan aku baca. Dorang tau pasal kewujudan benda-benda ni pun tak. Aku tak pernah pun kongsi dengan dorang pasal penulisan aku, and yang penting, dorang tak tau pun aku ada blog. Aku suka menulis kalau aku rasa sakit. Mungkin suatu terapi kot.

Bagi sape2 yang dah baca tu, harap bolehlah tinggalkan komen ek. Hehehe... nak tau gak camne hasil penulisan aku ni...

Selasa, 17 Februari 2009

Sentiasa sederhana jamin kesihatan..

KADANGKALA kita tidak sedar perbuatan atau perlakuan yang kita lakukan sebenarnya memudaratkan diri sendiri. Adab makan misalnya, dalam hidup manusia perlukan makanan tetapi jangan makan terlalu banyak sehingga menimbulkan keburukan.
Justeru, Islam mengajar umatnya supaya bersederhana dalam setiap apa yang dilakukan. Ini bagi menjamin manusia sentiasa sihat dan dalam masa yang sama dapat melakukan ibadat kepada Allah.
Di sini, diberikan beberapa perlakuan kita yang mungkin boleh memudaratkan jika dilakukan secara keterlaluan atau berlebihan.

Ø Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
Ø Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
Ø Terlalu lama berjalan – merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.
Ø Terlalu lama melihat – merosakkan darah. Darah pada haid akan menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
Ø Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauhkan daripada selalu berangan-angan. Urat di sekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
Ø Terlalu riang/gembira – merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
Ø Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
Ø Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
Ø Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.
Ø Terlalu merana – merosakkan paru-paru.
Ø Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
Ø Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu.
Ø Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).
Ø Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan dan payu dara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.
Ø Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

Isnin, 16 Februari 2009

Kenangan di Hari Valentine

Semalam 14 Februari 2009. hari Valentine. Semua orang pun tahu termasuklah aku kan. Tapi sorry, aku tak sambut pun benda-benda camni, sebab setiap hari bagi aku adalah hari untuk berkasih sayang. Betul tak? Betul kan? Hehehe... Ada ke benda baik yang aku buat semalam? Mestilah ada. Semalam aku pergi ke perkampungan orang asli Batu 16, Gombak. First time tu aku pergi ke perkampungan orang asli. Kat tempat ni tak ramai sangat penduduknya. Maybe tak sampai 10 buah rumah kot. Aku pergi dengan budak-budak Khidmat Siswa Kinabalu (KSK). Adalah dalam satu bas yang pergi ke sana. Kitorang ada majlis perasmian KSK kat situ, tapi malangnya macam kurang mendapat sambutan penduduk. Kawasan ni pulak bukanlah kawasan orang Islam. Anjing selamba jek keluar masuk dalam rumah. Ada pulak tu penduduk yang bela pig hutan. Tapi sekor je, takkan nak bela banyak-banyak pulak kan. Hehe...
Tempat macam ni, aku ngakulah, ramai yang tak selesa termasuklah aku. Bukan apa, anjing tu berkeliaran sana sini. Kalau sekor dua tu aku tak heran, tapi ni banyak sangat. Najis pun bersepah-sepah. Aku ni, kan dah ’ter’ mengutuk pulak. Tapi bila aku datang sini, aku tengok keadaan rumah dorang tak berapa nak sempurna, aku jadi kesian pulak. Yela, kat situ takde bekalan letrik. Guna generator jek. Ada jugak kan kawasan yang macam ni. Yela, maksud aku belum dapat kemudahan yang cukup sempurna. Aku jadi bersyukur dengan apa yang aku ada selama ini. Alhamdulillah.
Yang bestnya kat sini, aku jadi muka candid. Hahaha... Orang lain biasa-biasa jek, kitorang pulak yang syok sendiri ambik-ambik gambar ni semua. Hahaha... Ini adalah satu moment dalam hidup aku. So, kenalah merakamkan kenangan yang secukupnya. Hehehe... Nanti bolehlah tunjuk kat adik-adik aku tu. Saja jek nak tunjuk-tunjuk kat dorang tu. Hihihi...
Lepas selesai majlis perasmian tu, kitorang round kawasan tu, dan kitorang masuk hutan jap. Jalan sikit dan kitorang jumpa air terjun. Air terjun la kot. Best sangat. Kiranya berbaloi jugaklah pergi ke kawasan ni. Budak-budak lelaki tak lepaskan peluang. Dorang seronok la mandi, dan kitorang ni pulak jadi tukang tengok je. Wayang free, so tengok jela. Janji dorang tak bogel. Hahaha... Tapi jadi tukang tengok jek, memang la tak best. Huhuhu... main air pun sikit-sikit jek. Yelah, kalau perempuan yang terjatuh dalam tu, tak ke malu besar. Basah kuyup lah satu badan. Hehe... Aku lah tu orangnya yang nak terjatuh dalam tu. Basahlah jugak seluar aku samapi lutut. Hehe... Hilang keseimbangan badan. Nasib baik tak ramai yang perasan. And, nasib baik jugak takde sesiapa yang sempat merakamkan moment ‘kenangan terindah’ tersebut. Hehehe... Kalau tak, buat malu aku jek. Kang tak pasal-pasal glamer aku. Hehehe... Itulah pengalaman aku di Hari Valentine. Penat, tapi berbaloi sangat-sangat moment ni.

Jumaat, 13 Februari 2009

Busy tahap melampau

Ah! Sejak akhir-akhir ni aku busy jek memanjang. Hari-hari ada kelas. Malam-malam ada meeting. Hujung minggu pulak busy dengan projek. Sampai takde masa untuk diri sendiri. Huh!! Nasib baik aku just join dua projek je. Kalau tak, mesti lagi sibuk aku ni.

Dah la assignment tak bersentuh pun lagi. Just buat intro je baru. Dengan pembentangan lagi. Nasib baik assignment aku tu by group. Ringan la sikit beban, tapi still masih tension. Kalau masa hujung minggu aku ni pun dicuri, bila pulak masa untuk aku berehat, keluar berjalan-jalan? Arghhh!! Bila aku nak carik baju dinner? Hua... tension... tension... Storyboard... aku kena buat untuk animasi. Dah la takde bakat melukis. Ntah pape je jadinya lukisan tu. Kuikuikui...

Skrip untuk dokumentasi. Itu pun aku baca tak serupa skrip. Hahaha... Kena berusaha lagi nampaknya. Okey Lia, chaiyok2... Gambate na kudasai (betul ke? Aku main hentam je)... Hah! Gambar dan video belum edit lagi. Due date da nak dakat ni. Voice over pun belum start lagi. Haila... Rileks la Lia. Semua orang ada masalah macam kau. So, just keep it up... PM tu lagi busy dari aku. Kan3?

Rabu, 11 Februari 2009

Cobaan...

Ah, penatnya hari ini. Kelas penuh dari pagi hingga petang. Macam biasa lah, banyak hal juga terjadi hari ini. Antaranya, tadi pergi kelas pengurusan dan pentadbiran seni. Sempena Festival APM, memandangkan kitorang ni pelajar major jabatan kesenian, kena la jugak buat persembahan untuk hari itu yang berlangsung pada 13,14, dan 15 Mac. Peh!! Tiga hari tu. Nak tak nak, aku terpaksa jugak menari. Badan keras macam aku ni pun kena menari. Dapat bayangkan x? Dah la buat Tarian Sewang pulak tu. Memang gila la. Macam la takde tarian lain yang kitorang kena buat. Tarian Sewang. Pakaian dia satu hal. Nak menari lagi satu hal. Depan orang ramai pulak tu. Arghh!! Tension betul la. Aku mana la biasa buat benda-benda camni. Buat segan je la. En Bajet tu memang tak berhati perut betul. Cuba la carik tarian lain. Boleh la jugak. Dah la main paksa-paksa je. Huh!! Tension...tension... Kang assignment ntah ke mana, projek ntah ke mana, aktiviti Kembara seni ntah ke mana. Huhuhu... Cobaan...

Isnin, 9 Februari 2009

Kenapa aku buat blog ni?

Sebenarnya kan, tujuan aku buat blog ni bukan apa, saja-saja aje nak buat. Nak kata aku menghasilkan karya, aku bukan la seorang yang berbakat dalam menghasilkan sesebuah karya. Tengok tu, ayat putar belit. Well, aku ngaku yang itu. Hehe… Serius la cakap. Bukan aku tak pernah untuk cuba-cuba menulis. Tapi hasilnya terbengkalai sampai sekarang. Huhu… Betul, tak tipu. Sebab tu aku lebih suka baca karya orang jek. Sebab idea aku selalunya dah kering kontang bila dah sampai part suku.
Cuma satu je tujuan aku buat blog ni sebenarnya. Aku just mencari tempat untuk meluahkan apa yang aku rasa agak membebankan kepala otak aku ni. Yela, aku ni bukanlah seorang yang senang nak meluahkan isi hati. Selalunya kalau aku nak meluahkan apa-apa kat kawan aku, mesti tersangkut kat anak tekak aku ni hah! Tak pun paling elok, aku nak cakap lain, hal lain pulak yang keluar dari mulut aku. Soooo trouble aku ni dengan masalah aku.
Oleh aku aku pun buat la keputusan yang aku tak tau sama ada bijak or bodoh. Hehe... Yang penting bila aku meluahkan apa-apa yang terbuku kat sini, aku rasa lega. Maybe la kot. Lagipun aku kat sini bukan guna identiti sebenar aku pun walau pun benda yang aku tulis ni adalah tentang aku yang sebenar-benarnya. Dan yang teramat penting sekali, kalaulah ada siapa-siapa yang sesat, atau pun membaca blog aku ni, korang tak kenal pun siapa aku yang sebenarnya. Itu yang aku selamat dan selesa. Okeylah. Nanti-nanti je la aku tulis apa yang aku nak tulis. Hehe... Tunggu aku ada masa. Aku ni malas sikit bab-bab menulis ni. Diari aku tu pun dah sebulan lebih tak berusik. Dasyat kan perangai aku? Huhuhu...