BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 16 Februari 2009

Kenangan di Hari Valentine

Semalam 14 Februari 2009. hari Valentine. Semua orang pun tahu termasuklah aku kan. Tapi sorry, aku tak sambut pun benda-benda camni, sebab setiap hari bagi aku adalah hari untuk berkasih sayang. Betul tak? Betul kan? Hehehe... Ada ke benda baik yang aku buat semalam? Mestilah ada. Semalam aku pergi ke perkampungan orang asli Batu 16, Gombak. First time tu aku pergi ke perkampungan orang asli. Kat tempat ni tak ramai sangat penduduknya. Maybe tak sampai 10 buah rumah kot. Aku pergi dengan budak-budak Khidmat Siswa Kinabalu (KSK). Adalah dalam satu bas yang pergi ke sana. Kitorang ada majlis perasmian KSK kat situ, tapi malangnya macam kurang mendapat sambutan penduduk. Kawasan ni pulak bukanlah kawasan orang Islam. Anjing selamba jek keluar masuk dalam rumah. Ada pulak tu penduduk yang bela pig hutan. Tapi sekor je, takkan nak bela banyak-banyak pulak kan. Hehe...
Tempat macam ni, aku ngakulah, ramai yang tak selesa termasuklah aku. Bukan apa, anjing tu berkeliaran sana sini. Kalau sekor dua tu aku tak heran, tapi ni banyak sangat. Najis pun bersepah-sepah. Aku ni, kan dah ’ter’ mengutuk pulak. Tapi bila aku datang sini, aku tengok keadaan rumah dorang tak berapa nak sempurna, aku jadi kesian pulak. Yela, kat situ takde bekalan letrik. Guna generator jek. Ada jugak kan kawasan yang macam ni. Yela, maksud aku belum dapat kemudahan yang cukup sempurna. Aku jadi bersyukur dengan apa yang aku ada selama ini. Alhamdulillah.
Yang bestnya kat sini, aku jadi muka candid. Hahaha... Orang lain biasa-biasa jek, kitorang pulak yang syok sendiri ambik-ambik gambar ni semua. Hahaha... Ini adalah satu moment dalam hidup aku. So, kenalah merakamkan kenangan yang secukupnya. Hehehe... Nanti bolehlah tunjuk kat adik-adik aku tu. Saja jek nak tunjuk-tunjuk kat dorang tu. Hihihi...
Lepas selesai majlis perasmian tu, kitorang round kawasan tu, dan kitorang masuk hutan jap. Jalan sikit dan kitorang jumpa air terjun. Air terjun la kot. Best sangat. Kiranya berbaloi jugaklah pergi ke kawasan ni. Budak-budak lelaki tak lepaskan peluang. Dorang seronok la mandi, dan kitorang ni pulak jadi tukang tengok je. Wayang free, so tengok jela. Janji dorang tak bogel. Hahaha... Tapi jadi tukang tengok jek, memang la tak best. Huhuhu... main air pun sikit-sikit jek. Yelah, kalau perempuan yang terjatuh dalam tu, tak ke malu besar. Basah kuyup lah satu badan. Hehe... Aku lah tu orangnya yang nak terjatuh dalam tu. Basahlah jugak seluar aku samapi lutut. Hehe... Hilang keseimbangan badan. Nasib baik tak ramai yang perasan. And, nasib baik jugak takde sesiapa yang sempat merakamkan moment ‘kenangan terindah’ tersebut. Hehehe... Kalau tak, buat malu aku jek. Kang tak pasal-pasal glamer aku. Hehehe... Itulah pengalaman aku di Hari Valentine. Penat, tapi berbaloi sangat-sangat moment ni.

0 ulasan: