BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 13 Februari 2009

Busy tahap melampau

Ah! Sejak akhir-akhir ni aku busy jek memanjang. Hari-hari ada kelas. Malam-malam ada meeting. Hujung minggu pulak busy dengan projek. Sampai takde masa untuk diri sendiri. Huh!! Nasib baik aku just join dua projek je. Kalau tak, mesti lagi sibuk aku ni.

Dah la assignment tak bersentuh pun lagi. Just buat intro je baru. Dengan pembentangan lagi. Nasib baik assignment aku tu by group. Ringan la sikit beban, tapi still masih tension. Kalau masa hujung minggu aku ni pun dicuri, bila pulak masa untuk aku berehat, keluar berjalan-jalan? Arghhh!! Bila aku nak carik baju dinner? Hua... tension... tension... Storyboard... aku kena buat untuk animasi. Dah la takde bakat melukis. Ntah pape je jadinya lukisan tu. Kuikuikui...

Skrip untuk dokumentasi. Itu pun aku baca tak serupa skrip. Hahaha... Kena berusaha lagi nampaknya. Okey Lia, chaiyok2... Gambate na kudasai (betul ke? Aku main hentam je)... Hah! Gambar dan video belum edit lagi. Due date da nak dakat ni. Voice over pun belum start lagi. Haila... Rileks la Lia. Semua orang ada masalah macam kau. So, just keep it up... PM tu lagi busy dari aku. Kan3?

0 ulasan: