BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 17 Februari 2009

Sentiasa sederhana jamin kesihatan..

KADANGKALA kita tidak sedar perbuatan atau perlakuan yang kita lakukan sebenarnya memudaratkan diri sendiri. Adab makan misalnya, dalam hidup manusia perlukan makanan tetapi jangan makan terlalu banyak sehingga menimbulkan keburukan.
Justeru, Islam mengajar umatnya supaya bersederhana dalam setiap apa yang dilakukan. Ini bagi menjamin manusia sentiasa sihat dan dalam masa yang sama dapat melakukan ibadat kepada Allah.
Di sini, diberikan beberapa perlakuan kita yang mungkin boleh memudaratkan jika dilakukan secara keterlaluan atau berlebihan.

Ø Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.
Ø Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
Ø Terlalu lama berjalan – merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.
Ø Terlalu lama melihat – merosakkan darah. Darah pada haid akan menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.
Ø Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauhkan daripada selalu berangan-angan. Urat di sekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
Ø Terlalu riang/gembira – merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.
Ø Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
Ø Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
Ø Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.
Ø Terlalu merana – merosakkan paru-paru.
Ø Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
Ø Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu.
Ø Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ‘ragam’ lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina).
Ø Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan dan payu dara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.
Ø Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup yang positif.

0 ulasan: