BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 9 Februari 2009

Kenapa aku buat blog ni?

Sebenarnya kan, tujuan aku buat blog ni bukan apa, saja-saja aje nak buat. Nak kata aku menghasilkan karya, aku bukan la seorang yang berbakat dalam menghasilkan sesebuah karya. Tengok tu, ayat putar belit. Well, aku ngaku yang itu. Hehe… Serius la cakap. Bukan aku tak pernah untuk cuba-cuba menulis. Tapi hasilnya terbengkalai sampai sekarang. Huhu… Betul, tak tipu. Sebab tu aku lebih suka baca karya orang jek. Sebab idea aku selalunya dah kering kontang bila dah sampai part suku.
Cuma satu je tujuan aku buat blog ni sebenarnya. Aku just mencari tempat untuk meluahkan apa yang aku rasa agak membebankan kepala otak aku ni. Yela, aku ni bukanlah seorang yang senang nak meluahkan isi hati. Selalunya kalau aku nak meluahkan apa-apa kat kawan aku, mesti tersangkut kat anak tekak aku ni hah! Tak pun paling elok, aku nak cakap lain, hal lain pulak yang keluar dari mulut aku. Soooo trouble aku ni dengan masalah aku.
Oleh aku aku pun buat la keputusan yang aku tak tau sama ada bijak or bodoh. Hehe... Yang penting bila aku meluahkan apa-apa yang terbuku kat sini, aku rasa lega. Maybe la kot. Lagipun aku kat sini bukan guna identiti sebenar aku pun walau pun benda yang aku tulis ni adalah tentang aku yang sebenar-benarnya. Dan yang teramat penting sekali, kalaulah ada siapa-siapa yang sesat, atau pun membaca blog aku ni, korang tak kenal pun siapa aku yang sebenarnya. Itu yang aku selamat dan selesa. Okeylah. Nanti-nanti je la aku tulis apa yang aku nak tulis. Hehe... Tunggu aku ada masa. Aku ni malas sikit bab-bab menulis ni. Diari aku tu pun dah sebulan lebih tak berusik. Dasyat kan perangai aku? Huhuhu...

1 ulasan:

mimihamid berkata...

hahaha..
part y idea tu sya skong..
leklok da dpt idea..
alek2 smpi sku jew abis wat..
hahaha...
rami nvel terbengkalai tp y dua ni akn cbe dihbs an..
huhuhu