Salam...
Dah lama tak ber ‘update’ blog ni.Hampir seminggu kot. Bukan apa, tapi disebabkan oleh kekangan masa. Minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk bagi aku. Bukan apa, tapi aku ada tempoh seminggu sebelum pembentangan. Dan pada hari yang sama, aku terpaksa tunjuk design baju untuk Festival Akademi Pengajian Melayu. Permintaan yang secara tiba tiba dalam masa yang singkat. Hujung minggu pula, aku menghadiri kursus perkahwinan. Hari ni baru bahagian pertama, dan esok adalah bahagian kedua.
Tapi tadi, aku dah menyiapkan slide sekadar yang termampu untuk pembentangan Isnin ni. manakala, design baju pulak, masih mencari cari design yang sesuai utuk warna baju tersebut. Tapi aku gembira, kerana sekurang kurangnya, ada orang yang memandang kebolehan aku. Dan pastinya aku akan merasa bangga jika salah satu design aku tu terpilih. Namun aku tak terlalu berharap kerana aku tau, di bawah satu bumbung yang sama itu, terdapat lebih ramai lagi insan yang berbakat berbanding aku.
Tapi aku masih menunggu. Penentu segala galanya adalah hari Isnin. Selepas hari Isnin, aku akan merasa sedikit lega sekurang kurangnya. Harapnya, semua berjalan dengan lancar.
P/S: Aku rasa nak join contest, tapi tiba tiba kemalasan menjelma dalam diriku. Huhuhu~
Ahad, 17 Januari 2010
KEBIZIAN YANG TAK MELAMPAU!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan