BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Isnin, 1 Februari 2010

01022010

Salam..

Hari ni istimewa..

Sebab 01022010..

Nombor yang sangat unik. Kan??

Ahad, 17 Januari 2010

KEBIZIAN YANG TAK MELAMPAU!

Salam...

Dah lama tak ber ‘update’ blog ni.Hampir seminggu kot. Bukan apa, tapi disebabkan oleh kekangan masa. Minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk bagi aku. Bukan apa, tapi aku ada tempoh seminggu sebelum pembentangan. Dan pada hari yang sama, aku terpaksa tunjuk design baju untuk Festival Akademi Pengajian Melayu. Permintaan yang secara tiba tiba dalam masa yang singkat. Hujung minggu pula, aku menghadiri kursus perkahwinan. Hari ni baru bahagian pertama, dan esok adalah bahagian kedua.

Tapi tadi, aku dah menyiapkan slide sekadar yang termampu untuk pembentangan Isnin ni. manakala, design baju pulak, masih mencari cari design yang sesuai utuk warna baju tersebut. Tapi aku gembira, kerana sekurang kurangnya, ada orang yang memandang kebolehan aku. Dan pastinya aku akan merasa bangga jika salah satu design aku tu terpilih. Namun aku tak terlalu berharap kerana aku tau, di bawah satu bumbung yang sama itu, terdapat lebih ramai lagi insan yang berbakat berbanding aku.

Tapi aku masih menunggu. Penentu segala galanya adalah hari Isnin. Selepas hari Isnin, aku akan merasa sedikit lega sekurang kurangnya. Harapnya, semua berjalan dengan lancar.



P/S: Aku rasa nak join contest, tapi tiba tiba kemalasan menjelma dalam diriku. Huhuhu~

Isnin, 11 Januari 2010

ENTRI BOSAN. TAK YAH BACA.

Salam...

Hari ni hari Isnin. So, kuliah pun da mula start semula. Pejam celik pejam celik, da masuk minggu ketiga. Cepatnya masa berlalu. Sebenarnya, aku tak suka hari Isnin. Aku pun tau, ramai yang tak suka hari Isnin. Tapi ramai yang suka hari Ahad, atau hujung minggu, kan?? Aku pun macam tu jugak. Hahaha.

Macam biasalah, disebabkan hari ni Isnin, maka aku pun dengan terpaksa pergi ke kelas. Dalam banyak banyak hari, hari Isnin aku paling banyak jam ke kelas. 5 jam kredit. Aisey~
Nak dijadikan cerita, tadi macam biasalah pergi ke kelas. Subjek waktu pagi adalah Pendidikan dan Pengajaran Seni. Wah, boleh jadi cikgu nih. Hahaha. Disebabkan pembentangan belum bermula, jadi tutorial bermula minggu depan. Tapi ntah malang ntah bernasib baik, nama aku naik untuk membuta pembentangan minggu hadapan. Hoho~ Aku sudah pening kepala.

4 orang akan bentang minggu depan tu bolehlah dianggap sebagai kumpulan pertama. Tapi ni tugasan individu. Sebenarnya bukan pembentangan, tapi adalah kepada lakonan. Lakonan menjadi seorang guru. Hoho~ Aku paling lemah kalo kena beraksi nih. Disebabkan takde guide, aku masih blur blur lagi nak buat apa. Huhu~ Mungkin aku akan mengajar membuat origami kot. Masih dalam pertimbangan.

Kelas petang pulak adalah leksikografi. Kelas ni hingar bingar. Sebabnya geng YB ada dalam kelas yang sama. Dorang memang suka buat bising. Membuatkan orang meluat pada mereka mereka. Tapi ada aku kesah. Aku pun meluat jugak dengan dorang tu, terutamanya YB. Huh!! Tengah khusyuk menyalin nota, tiba tiba hujan pulak. Hingga kelas berakhir, hujan masih tak berhenti. Akhirnya, bosan menunggu, kitorang redah jek. Yang kelakarnya, 4 orang kongsi satu payung. Hahaha. Memang basah kuyup la. Sampai kolej masing masing dah kuyup, kesejukan, dan pening.

Malam tadi aku dengar AJL. Lagu Pergi nyanyian Aizat menang. Hoho~ Aku suka lagu tu. Aku target Aizat, atau Faizal Tahir, tapi akhirnya Aizat adalah juara. Tak kisahlah, Faizal Tahir walaupun tak juara, tapi tetap ada nombor jugak dalam keadaan tak sihatnya tu.


P/S: Sebenarnya aku berminat nak join satu contest, tapi persainagn terlalu sengit. Setakat ni ada 85 orang yang join. Nanti akan ku pertimbangkan.

Ahad, 10 Januari 2010

ENTRI EMO.

Salam...

Sharing is caring. Sharing tu jugak kadang kadang menunjukkan bahawa kita caring kat seseorang. Tapi malangnya, ada juga orang yang tak tau nak menghargainya. Dan itu buat aku terasa. Hahah. Ye, aku memang sensitif. Mudah terasa, tapi aku jenis yang tak kisah. Mungkin aku memendam dan menerima sahaja. Ada jugak orang kata aku ni ada split personality. Hoho. Ada aku kesah??

Sebenarnya orang yang tak tau nak menghargai ini ada di mana mana sahaja. Dan aku rasa macam aku ni jek yang beriya iya dengan ko, sedangkan ko just cari aku kalo dia memerlukan sesuatu. Betul ke ko anggap aku kawan?? Aku sebenarnya takmo tacing tacing ni. Tapi aku nak jugak luahkan apa yang aku rasa kat sini. Beberapa hari ni sebenarnya tanpa ko sedar aku ada banyak terasa dengan ko. Aku takmo fikir pasal benda ni, tapi tak boleh. Kenapa ko buat macam tu??

Kenapa ko sangat mementingkan diri sendiri?? Kenapa aku selalu ko lupakan bila ko ada orang yang boleh ko sandang harapan?? Ingat koa sorang jek penat. Selalu lupakan aku kalo ada benda benda macam tu. Dan akhirnya, aku jugak la terpaksa bersusah payah untuk diri sendiri dan kawan yang sakit. Aku tak kisah pun pasal benda benda ni. Tapi yang aku kisah, kenapa ko pentingkan diri sendiri.

Bagi aku masa. Sikit lagi aku ok balik la dengan ko. Cuma untuk beberapa hari ni aku akan rasa meluat sikit. Tapi mungkin jugak tanpa sedar, aku ada sakitkan hati ko. Sorry la kalo aku ada buat macam tu.



P/S: Ko tak suka kat aku ke sebenarnya?? Huhu~

FIRST ENTRI DI TAHUN BARU. KETINGGALAN SUNGGUH.

Salam

Ni entri first aku untuk tahun 2010. Malas sungguh aku ni kan? Mungkin kot. Aku taknak buat entri sempena tahun baru. Sebabnya macam cliche jek coz semua pun dah buat entri tentang tahun baru. So, aku pun memalaskan diri untuk tak meng update blog aku ni. Hahah. Apa punya alasan ntah ni.

Takpe, pasni aku akan rajin update blog ni. Tapi aku ni bukan apa. Cakap macam ni kang, tengok tengok, sebulan dua tiga entri jek ada. Huh! Aku memang pemalas tahap gaban nampaknya.
Tapi memandangkan sekarang ni dah masuk tahun baru, dan ni first entri aku di tahun 2010, aku rasa aku nak jadi rajin sikit. Dan kurangkan rasa malas tu. Kalo la boleh, sebab aku tak suka berjanji benda yang aku tak boleh nak buat. Itu adalah mengecewakan. Yup, mengecewakan kedua dua pihak sebenarnya.

Aku ada banyak benda nak cerita kat sini. Tapi memandangkan aku ni dah mula rasa mengantuk, so, nanti nanti jek la aku citer yek. Hahah. Alasan jek tu. Next entri aku akan cerita semua semua yang aku nak cerita. Cukuplah setakat ni malam ni. Erk, pagi nih. Bubye alls...




P/S: Malam ni AJL beb. Harap harap ‘lagu tu’ jadi juara...

Khamis, 31 Disember 2009

Entri Last 2009

Salam

Dah lama rasanya aku tak menulis di sini. Lebih daripada sebulan. Disebabkan aku cuti sem, maka aku tak dapat nak menulis di sini. Tapi, sekarang ni, aku dah kembali untuk menulis di sini.

Malam ni, tepat jam 12 tengah malam, adalah merupakan tahun baru. Kita akan meninggalkan tahun 2009, dan akan melangkah ke tahun 2010. Jadi, disebabkan itu, maka ini adalah entri terakhir untuk tahun 2009.

Kalo nak ditulis kat sini, rasanya sampai dah masuk tahun 2010 pun tak habis2 lagi benda yang nak ditulis. Sepanjang tahun 2009, banyak suka, duka, manis, pahit, maung dah aku tempuhi. Semua ni menjadi pengalaman yang berharga sepanjang tahun 2009. Semuanya tersimpan kemas dalam diari kehidupan aku. Dan InsyaAllah aku takkan lupa semua kenangan tu. Semua ini mematangkan diri aku yang masih kurang matang ni. Huhu...

Tahun 2010. Bermaksud, umur aku juga akan meningkat. Huhuhu... Rasanya macam tak percaya. Aku baru nak percaya umur aku yang sekarang ni, tapi terpaksa jugak aku percaya bahawa umur aku akan meningkat, dan terus meningkat. Semua orang pun macam tu jugak kan??

Tak sah pulak rasanya kalo masuk tahun baru takde azam baru kan?? Aku taw, sepanjang tahun 2009, ramai yang terasa dengan perangai aku yang degil, kepala batu, baran dan ego ni semua. Bukan tu jek, malah banyak lagi sikap buruk aku. Perempuan dengan perangai macam ni. Buruk giler rasanya. Sikap buruk ni memang ada pada aku sejak dulu lagi. Bukan tahun 2009 jek, malah tahun2 yang sebelum tu jugak mungkin ramai yang dah terasa dengan aku.

So, sempena tahun baru ni aku tak mau dah berperangai macam tu. Kena banyak bertoleransi dan manis muka. Biar semua orang senang dengan aku. Kalo tak tercapai pun, sekurang-kurangnya, aku dapat mengurangkan perangai buruk aku tu pun, jadilah. Dan, aku jugak ada beberapa azam lain lagi.

Err, azam yang mengarut pun ada jugak. Tapi takdelah mengarut sangat kot. Hahah... Takpe la, aku taknak tulis kat sini. Buat malu aku jek. Nanti orang kata aku ni tak malu pulak. Muka tembok. So, biarlah rahsia. Heheh...

Okey la, sempena tahun 2009 yang dah nak berakhir beberapa detik jek lagi ni, aku nak ucapkan SELAMAT TINGGAL tahun 2009, dan jugak sempena tahun baru yang jugak akan muncul tak lama lagi ni, aku nak ucapkan, SELAMAT TAHUN BARU. Moga semua azam tahun baru korang tercapai dan moga tahun 2010 menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun 2009.

Sabtu, 21 November 2009

Cuti

Salam...


Untuk seketika, blog ni akan berehat seketika daripada entri-entri baru. Hehehe. Cuti sem dah bermula, maka aku akan balik ke kampung. Kat rumah, aku tak boleh nak online sebab takde broadband. Maka, bertemulah kita di lain kali. See u alls next sem. Bubye...


Wassalam...