BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 2 April 2010

UPDATE BLOG

Salam..


Fuh, lama dah tak nulis kat blog ni. Bukan apa. Tapi disebabkan kebizian dan kemalasan aku nak apdet blog ni lah. Yep! Bizi yang dibuatbuat. Oleh sebab sekarang nih dah tak berapa nak bizi, jadi aku berhasrat nak bizikan diri ngan blog pulak. Heheh. Tukar mud. Tapi tu pun kalo aku rajin la. Memandangkan aku dah final sem, jap lagi pun nak final exam, maka ianya masih terbatas pada kemampuan aku. Blog aku, suka aku la bila nak apdet kan? Bukan korang kisah pun kan. Hahah.


Kalo ikutkan, banyak benda yang aku nak cerita kat sini sebenarnya. Tapi benda yang dah lepas tu, tak yah la nak diungkit lagi. Ye tak? Sejak akhirakhir nih, selalu hujan pada waktu petang. Harapharapnya, kemelut air yang melanda nun di selatan tanah air tuh berakhir la. Yelah, kesian dorang. Air dicatu. Dua hari sekali baru air disalirkan mengikut kawasan. Semua nih dah tertulis dalam jadual selama sebulan. Tak caya? Nih buktinya..


Tapi maybe kawasan Baru Pahat je la kot. Hurm~



Aku yang nak balik kampung ni pun fikir banyak kali sebab mak aku dah pesan, bulan 4 nanti tak yah balik rumah. Air kena catu. Tapi aku nak balik jugak. Sebab nak bawak balik barangbarang aku yang banyak sangat nih. Kang takut tak cukup pulak satu bonet kereta abah aku nak ngangkut balik Johor pas exam nih. Huhuh. Papehal pun, hujan sejak akhirakhir nih mengurangkan cuaca panas yang terlampau sekarang nih. Tapi sebab dah hujan kan, maka kesejukan pulak melanda. Tapi takpe. I like it.


Hoh! Aku nak sambung buat esaimen. Satu jek tinggal. Tarikh last submit lama lagi. Tapi saja jek nak settle kan awalawal. Lepas hantar, senanglah hati aku. Nak balik kampung cepatcepat pun boleh. Sebab kelas aku last Isnin ni jek. Pastu, aku akan membizikan diri lak ngan exam. Heh! Dari zaman sekolah sampai sekarang, aku paling benci exam. Kalo belajar tak yah exam kan best ek? Hahah.











P/S: Jiheen ngan Jiha makin besar. Jiheen makin banyak mulut. Belajar dari kak Udernya yang banyak cakap la tuh. Haisy..rindunya~~~

0 ulasan: