BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 10 Januari 2010

ENTRI EMO.

Salam...

Sharing is caring. Sharing tu jugak kadang kadang menunjukkan bahawa kita caring kat seseorang. Tapi malangnya, ada juga orang yang tak tau nak menghargainya. Dan itu buat aku terasa. Hahah. Ye, aku memang sensitif. Mudah terasa, tapi aku jenis yang tak kisah. Mungkin aku memendam dan menerima sahaja. Ada jugak orang kata aku ni ada split personality. Hoho. Ada aku kesah??

Sebenarnya orang yang tak tau nak menghargai ini ada di mana mana sahaja. Dan aku rasa macam aku ni jek yang beriya iya dengan ko, sedangkan ko just cari aku kalo dia memerlukan sesuatu. Betul ke ko anggap aku kawan?? Aku sebenarnya takmo tacing tacing ni. Tapi aku nak jugak luahkan apa yang aku rasa kat sini. Beberapa hari ni sebenarnya tanpa ko sedar aku ada banyak terasa dengan ko. Aku takmo fikir pasal benda ni, tapi tak boleh. Kenapa ko buat macam tu??

Kenapa ko sangat mementingkan diri sendiri?? Kenapa aku selalu ko lupakan bila ko ada orang yang boleh ko sandang harapan?? Ingat koa sorang jek penat. Selalu lupakan aku kalo ada benda benda macam tu. Dan akhirnya, aku jugak la terpaksa bersusah payah untuk diri sendiri dan kawan yang sakit. Aku tak kisah pun pasal benda benda ni. Tapi yang aku kisah, kenapa ko pentingkan diri sendiri.

Bagi aku masa. Sikit lagi aku ok balik la dengan ko. Cuma untuk beberapa hari ni aku akan rasa meluat sikit. Tapi mungkin jugak tanpa sedar, aku ada sakitkan hati ko. Sorry la kalo aku ada buat macam tu.



P/S: Ko tak suka kat aku ke sebenarnya?? Huhu~

0 ulasan: