BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 11 Januari 2010

ENTRI BOSAN. TAK YAH BACA.

Salam...

Hari ni hari Isnin. So, kuliah pun da mula start semula. Pejam celik pejam celik, da masuk minggu ketiga. Cepatnya masa berlalu. Sebenarnya, aku tak suka hari Isnin. Aku pun tau, ramai yang tak suka hari Isnin. Tapi ramai yang suka hari Ahad, atau hujung minggu, kan?? Aku pun macam tu jugak. Hahaha.

Macam biasalah, disebabkan hari ni Isnin, maka aku pun dengan terpaksa pergi ke kelas. Dalam banyak banyak hari, hari Isnin aku paling banyak jam ke kelas. 5 jam kredit. Aisey~
Nak dijadikan cerita, tadi macam biasalah pergi ke kelas. Subjek waktu pagi adalah Pendidikan dan Pengajaran Seni. Wah, boleh jadi cikgu nih. Hahaha. Disebabkan pembentangan belum bermula, jadi tutorial bermula minggu depan. Tapi ntah malang ntah bernasib baik, nama aku naik untuk membuta pembentangan minggu hadapan. Hoho~ Aku sudah pening kepala.

4 orang akan bentang minggu depan tu bolehlah dianggap sebagai kumpulan pertama. Tapi ni tugasan individu. Sebenarnya bukan pembentangan, tapi adalah kepada lakonan. Lakonan menjadi seorang guru. Hoho~ Aku paling lemah kalo kena beraksi nih. Disebabkan takde guide, aku masih blur blur lagi nak buat apa. Huhu~ Mungkin aku akan mengajar membuat origami kot. Masih dalam pertimbangan.

Kelas petang pulak adalah leksikografi. Kelas ni hingar bingar. Sebabnya geng YB ada dalam kelas yang sama. Dorang memang suka buat bising. Membuatkan orang meluat pada mereka mereka. Tapi ada aku kesah. Aku pun meluat jugak dengan dorang tu, terutamanya YB. Huh!! Tengah khusyuk menyalin nota, tiba tiba hujan pulak. Hingga kelas berakhir, hujan masih tak berhenti. Akhirnya, bosan menunggu, kitorang redah jek. Yang kelakarnya, 4 orang kongsi satu payung. Hahaha. Memang basah kuyup la. Sampai kolej masing masing dah kuyup, kesejukan, dan pening.

Malam tadi aku dengar AJL. Lagu Pergi nyanyian Aizat menang. Hoho~ Aku suka lagu tu. Aku target Aizat, atau Faizal Tahir, tapi akhirnya Aizat adalah juara. Tak kisahlah, Faizal Tahir walaupun tak juara, tapi tetap ada nombor jugak dalam keadaan tak sihatnya tu.


P/S: Sebenarnya aku berminat nak join satu contest, tapi persainagn terlalu sengit. Setakat ni ada 85 orang yang join. Nanti akan ku pertimbangkan.

0 ulasan: