BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 27 Februari 2009

Peristiwa seram di subuh hari.

Pagi tadi, aku bangun macam biasa. Aku set alarm pukul 6.10 am, tapi aku bangun pukul 6.25 am. Biasalah tu. Sebab tu aku selalu setkan alarm aku awal dari tempoh yang aku nak bangun. Kalau aku setkan alarm ikut time yang aku nak bangun, gerenti aku bangun lebih lewat lagi, n selalulah agaknya aku terlewat pergi kelas kalau macam tu. Hehe…
Okeylah, kira standardlah tu kan time aku bangun tidur untuk solat subuh sebelum aku sambung tidur balik. Hehe… Aku kan kuat tidur, so biasanya lepas subuh aku memang sambung tidur lagi. Lagi2, hari kelas takde sebab lecturer ada hal. Jarang dapat peluang macam ni. Dah bangun tu, aku teruslah bangkit dari katil. Tapi pagi ni memang pelik sikit la. Jarang2 berlaku macam ni. Biasanya kalau aku bangun tidur time camni, roomate aku yang foreign ni pun, mesti akan ikut terbangun jugak. Tapi pagi ni tak pulak. Pastu, aku bukak pintu bilik pulak, sunyi sepi jek floor aku tu. Aku pun rasa macam waswas je nak pergi toilet. Yelah, biasanya kalau aku pergi toilet, mesti dah ada dalam lima enam orang kat situ. Tapi pagi ini aku sorang jek. Pastu, aku pun beranikan jelah diri aku ni.
Lepas tu aku cabut la balik bilik lepas buat apa yang patut kan. Aku macam biasa, bukak tingkap n selak langsir sikit, bagi angin masuk pagi2 ni. Pastu, aku pun solat. Tapi aku tak khusyuk pun. Ntah kenapa la dengan aku pagi ni, aku pun tak tau la. Tetiba jek, nak solat, boleh pulak teringat satu cerita dulu2. Pasal kakak kawan aku punya kawan ternampak pocong kat luar surau. Huhu, surau tu beb. Tempat dia belajar tu kat mana ntah, aku tak ingat. Automatik aku jadi seram sejuk n aku terus langsir yang aku selak tu, aku betulkan semula sampai tak nampak suasana luar langsung. Dah tu, tengah solat tu pulak, tiba2 teringat kisah yang kawan aku cerita pulak. Cerita pasal langsuir la. Pulak dah. Tengah solat tu, memang tak khusyuk langsung. Seram sejuk je aku rasa. Macam2 bermain kat fikiran aku ni. Macam la betul2 ada pocong kat luar tingkap, n langsuir yang menunggu kat luar bilik or atas katil aku tu. Huhu... Pastu, aku pun terfikir, sebab tu lah kot pagi ni aku rasa lain macam jek dengan floor aku ni. Yelah, aku ni boleh dikatakan agak berani jugak lah. Pukul 3 pagi tu masih selamba jek aku pergi toilet sorang2. Tapi ntahlah, pagi ni aku rasakan keberanian aku tu dah hilang. Selesai doa, aku terus baca ayat kursi banyak2 n terus baring atas katil. Yang aku pelik, kenapa lah tiba2 aku rasa macam ni ek? Tak pernah2 aku rasa seram macam ni. Even toilet gelap akibat lampu terbakar pun, aku still berani pergi sorang2, tapi pagi ni, semangat aku macam goyah jek. Bukan nak kata aku ni berani sangat2 lah, tapi kira boleh lah jugak. Aku pun bukanlah seorang yang berani sangat. Kadang2 aku ni takut jugak, tapi selalunya aku buat tak tau je n biasanya aku bacalah apa2 yang patut. Tapi dalam solat, aku boleh takut dengan hantu??? Patutnya aku takut dengan Tuhan. Astaghfirullahal’azim...

Kisah ni tak seram pun sebenarnya, tapi saja jek nak buat gimik macam aku jumpa hantu betul2. Hehe... Tapi aku just nak berkongsi apa yang aku rasa n apa yang salahnya tentang aku di pagi2 hari ni. Takut dengan hantu?? Salahkan?? Tapi perasaan takut tu, memang ada dalam setiap diri manusia. Tak bolah nak elak, tapi seeloknya, kita hanya perlu berserah hanya pada-NYA...

Moral of this story, janganlah jadi macam aku. Kita sebagai hamba-NYA kena patuh dan takut hanya pada-NYA, bukan makhluk lain. Aku yang khilaf ini...

0 ulasan: