BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 23 Februari 2009

My Creation

Hype!! Lama dah aku tak menulis kat sini ek. Bukan apa, tapi busy sikit. Tapi setakat ni, satu projek kolej yang aku join dah habis dah hari Sabtu tu. So, legalah sikit kan...
Tapi aku bukan nak cerita pasal projek kolej yang tak berapa nak dapat sambutan tu. Tak tau la apa yang kurangnya, tapi mungkin sebab publisiti kurang kot.

Okey, kali ni aku nak post satu sajak kot. Bukan sajak, tapi puisi. Tapi bukan jugak puisi. Huhuhu, tak tau nak panggil apa, tapi benda ni hasil nukilan aku sendiri tau. Bacalah ye...

Aku selalu jadi insan setia padanya,
Tapi lihatlah,
Apa jadi padaku...
Aku selalu kasih padanya,
Tapi lihatlah,
Apa balasan yang kuterima...
Aku selalu melayannya,
Tapi lihatlah,
Apa nasib yang aku terima...
Aku selalu sayang padanya,
Tapi adakah dia juga sayang padaku?
Ntahlah, hanya Tuhan yang tahu hal yang sebenarnya...
Aku selalu rindu padanya,
Tapi apakah dia juga rindu padaku?
Hanya dia yang merasainya...
Aku selalu mengingatinya,
Namun adakah dia juga begitu?
Apakah kesudahan kisah kami ini?
Adakah sebuah mahligai bahagia...?
Atau,
Adakah sebuah istana yang retak...?
Hanya jodoh yang menentukan segalanya...
Moga aku & dirinya,
Ada jodoh yang menanti...
Ameen!!

Hehe, camne? Okey tak? Sebenarnya aku ngaku lah, aku ni bukan ada bakat pun dalam menulis, tapi sebenarnya benda ni aku tulis time aku terluka dulu. Lebih pada luahan hati lah. Kelakar jek rasanya bila aku baca benda ni berulang-ulang kali. Tapi sumpah, benda-benda camni, aku tak pernah pun bagi kawan aku baca. Dorang tau pasal kewujudan benda-benda ni pun tak. Aku tak pernah pun kongsi dengan dorang pasal penulisan aku, and yang penting, dorang tak tau pun aku ada blog. Aku suka menulis kalau aku rasa sakit. Mungkin suatu terapi kot.

Bagi sape2 yang dah baca tu, harap bolehlah tinggalkan komen ek. Hehehe... nak tau gak camne hasil penulisan aku ni...

0 ulasan: