BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 11 Februari 2009

Cobaan...

Ah, penatnya hari ini. Kelas penuh dari pagi hingga petang. Macam biasa lah, banyak hal juga terjadi hari ini. Antaranya, tadi pergi kelas pengurusan dan pentadbiran seni. Sempena Festival APM, memandangkan kitorang ni pelajar major jabatan kesenian, kena la jugak buat persembahan untuk hari itu yang berlangsung pada 13,14, dan 15 Mac. Peh!! Tiga hari tu. Nak tak nak, aku terpaksa jugak menari. Badan keras macam aku ni pun kena menari. Dapat bayangkan x? Dah la buat Tarian Sewang pulak tu. Memang gila la. Macam la takde tarian lain yang kitorang kena buat. Tarian Sewang. Pakaian dia satu hal. Nak menari lagi satu hal. Depan orang ramai pulak tu. Arghh!! Tension betul la. Aku mana la biasa buat benda-benda camni. Buat segan je la. En Bajet tu memang tak berhati perut betul. Cuba la carik tarian lain. Boleh la jugak. Dah la main paksa-paksa je. Huh!! Tension...tension... Kang assignment ntah ke mana, projek ntah ke mana, aktiviti Kembara seni ntah ke mana. Huhuhu... Cobaan...

0 ulasan: